OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

20 WUJUDKAN PERSEKITARAN POSITIF UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM ERA PANDEMIK Oleh: Dr. Kartini Kamaruzzaman kartinikamaruzzaman@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di University of Leicester, United Kingdom (UK) dalam jurusan Media, Komunikasi dan Sosiologi. Minat kajian beliau adalah media digital, Islam dan media baharu, tindakan dan identiti kolektif dan pergerakan sosial. ABSTRACT The effects of the Covid-19 situation have led to excessive information sharing particularly with the availability of digital and social media. Although such platforms provide opportunities for users to give their voice and opinion as well as to obtain and deliver messages, it indirectly contributes to negative environment and impact such as panic, stress and confusion in society. In addition to highlighting on Islamic perspectives, this article discusses how society could stay proactive and relevant in the Covid-19 pandemic era. Pengenalan Saban hari kita dimaklumkan dengan jumlah kematian, peningkatan kes positif jangkitan penyakit coronavirus serta pelbagai informasi terkini berkaitan perintah kawalan pergerakan yang sentiasa dikemaskini. Maklumat tersebut tidak hanya disampaikan dan dicapai menerusi radio, akhbar dan televisyen, malah kesan dari situasi Covid-19 menyebabkan perkongsian maklumat yang berlebihan terutama dengan adanya media sosial. Sungguhpun medium tersebut memberi ruang dan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan dan menyampaikan mesej, secara tidak langsung ia menyumbang kepada persekitaran yang negatif seperti panik, stress dan kecelaruan dalam kalangan masyarakat. Persekitaran Positif, Sikap Positif dan Sebar Mesej Positif World Health Organization turut berpendapat bahawa Covid-19 menyebabkan terjadinya infodemik yang mengganggu produktiviti dan tingkah laku individu dan akhirnya memburukkan lagi situasi semasa. Infodemik boleh ditakrifkan sebagai maklumat yang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=