OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
2 khabar angin, ancaman dan pelbagai tingkah laku berbahaya yang termasuk dalam kategori gangguan siber sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, kebanyakan individu memilih media sosial sebagai wadah untuk membantu mereka mengendalikan sesuatu emosi, situasi atau peristiwa yang negatif. Media sosial menyediakan penyimpangan sementara (temporary distraction) daripada masalah yang sedang berlaku terutamanya semasa pandemik COVID-19. Perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan setiap individu menghabiskan masa di rumah tanpa sebarang aktiviti sehingga menjadikan media sosial sebagai platform untuk melarikan diri ( escapism ) daripada kebosanan. Regulasi Emosi Mencetus Kestabilan Psikologi Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk membebaskan diri daripada tekanan hidup seperti pergi melancong, membeli-belah, beriadah di pantai, bersosial dengan rakan dan melakukan aktiviti yang disukai. Namun begitu, dalam tempoh pelaksanaan PKP dan norma baharu ini, aktiviti setiap individu adalah terbatas. Golongan muda dan belia yang sinonim dengan aktiviti sosial di luar juga menghadapi cabaran apabila perintah PKP dilaksanakan. Selain sindrom cabin fever atau istilah ‘demam terperuk’ di rumah ini, terdapat pelbagai masalah lain yang mengganggu kestabilan psikologi seperti kebimbangan, takut, panik, kemurungan dan banyak lagi. Justeru, perkara ini boleh memberi tekanan kepada individu yang terlibat sehingga mencetuskan emosi negatif. Emosi negatif ini sekiranya tidak diurus dengan baik akan membawa implikasi yang lebih buruk dan parah. Pengurusan emosi melibatkan aspek regulasi atau kawalan emosi. Regulasi emosi secara asasnya berhubung kait dengan elemen yang mempengaruhi emosi yang sedang dialami oleh seseorang, bagaimana untuk mengekspresikan emosi tersebut dan mengawalnya, manakala definisi regulasi emosi yang diberikan oleh Thompson iaitu seorang ahli psikologi pula adalah proses ekstrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman) yang bertanggungjawab untuk memantau, menilai, dan mengubah reaksi emosi bagi mencapai matlamat seseorang. Berdasarkan definisi ini dapat difahami bahawa apabila emosi muncul, individu menggunakan pelbagai strategi untuk mengawal emosi tersebut. Penggunaan media sosial didapati dipengaruhi oleh ekspresi emosi. Kajian terdahulu yang dijalankan mendapati bahawa mereka yang cenderung untuk untuk berkongsi tentang perasaan yang mereka sedang alami, tidak kira sama ada melalui hantaran mereka sendiri atau komentar terhadap hantaran orang lain adalah lebih cenderung untuk menghabiskan lebih banyak masa melayari internet dan menggunakan lebih banyak platform untuk
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=