OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
17 DILEMA PENDERMAAN ORGAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 Oleh: Selvarani P. Kovil Pillai, Dr. Nur Kareelawati Abd Karim & Dr. Rosidayu Sabran rani@usim.edu.my Penulis ialah pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mendapat Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Komunikasi Korporat dan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Komunikasi Massa. ABSTRACT The COVID-19 pandemic has been a major challenge to organ donation and transplant programs in the country. Yet, it is undeniable that even before the pandemic, public awareness of this noble aspiration was not very encouraging. Based on statistics from the National Transplant Resource Center, the number of organ transplant for 2021 is only three cases, and number of pledged organ donors is 111, even though the number of patients who need transplants is 5,027 people. We must remember that efforts to increase the number of organ donors as well as organ donation campaigns should not be halted simply because of COVID- 19, as the organ procurement process needs to continue in order to save lives of patients who are in dire needs for immediate organ transplants. Pendahuluan Pandemik COVID-19 telah menjadi cabaran besar terhadap program pendermaan organ dan transplan di negara ini. Namun tidak dapat dinafikan bahawa sebelum pandemik, kesedaran masyarakat terhadap hasrat murni ini tidak begitu menggalakkan. Berdasarkan perangkaan Pusat Sumber Transplan Nasional, bilangan kes pendermaan organ dan tisu bagi tahun 2021 adalah cuma tiga kes sahaja dan jumlah pengikrar penderma organ ialah 111 orang sehingga bulan Mac 2021. Angka tersebut sangat kecil dibandingkan dengan bilangan pesakit yang memerlukan transplan iaitu sebanyak 5,027 orang. Persoalannya bukan sahaja cabaran untuk mendapatkan penderma organ, namun, proses pendermaan organ dan transplan juga menjadi lebih rumit sewaktu pandemik COVID- 19. Sebelum pandemik COVID-19, perbincangan mengenai mati otak dan kematian merupakan isu sensitif and larangan dalam masyarakat akibat faktor budaya dan agama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=