OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

15 Google Classroom, Whatsapp, Zoom, Webex, dan YouTube boleh digunakan sebagai alat bantu pengajaran. Menurut pandangan sarjana, kaedah PdP secara dalam talian ini merupakan norma baharu yang sememangnya menuntut kerjasama serta komitmen daripada semua pihak terutamanya melalui pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi maklumat, penyediaan peranti digital dan akses capaian internet yang berkualiti serta penyediaan kaedah penilaian yang bersesuaian bagi mengukur pencapaian pelajar. Penyesuaian kendiri merupakan salah satu perkara yang berkait rapat dengan perubahan dalam sistem pendidikan yang sedang berlaku. Hal ini kerana, manusia perlu beradaptasi bagi memastikan survival dalam anjakan sistem semasa norma baharu. Sekiranya individu gagal beradaptasi atau menyesuaikan diri, mereka akan ketinggalan dan menempuhi cabaran dalam revolusi ini. Penyesuaian ini secara ringkasnya adalah bagaimana seseorang itu menyesuaikan dirinya melalui sikap, tingkah laku dan pemikiran terhadap perubahan yang berlaku. Selain itu, penyesuaian juga berhubungkait dengan faktor persekitaran yang berubah yang menyebabkan seseorang itu perlu menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Misalnya dalam sektor pendidikan melalui pembelajaran secara dalam talian ( online platform ) yang berlaku rentetan pandemik COVID-19. Natijahnya, individu perlu memperuntukkan masa yang lebih di rumah bagi sesi pembelajaran sekali gus mengolah dan membuat penyesuaian diri menerusi sumber yang mereka ada untuk memenuhi tuntutan persekitaran iaitu PdP secara dalam talian. Hal ini kerana, pembelajaran secara dalam talian juga memerlukan penyesuaian dengan persekitaran rumah sebagai ruang belajar, aktiviti riadah keluarga dan beristirehat hendaklah dilakukan mengikut peranan dan fungsinya dalam mencapai keperluan individu atau bersama. Di samping itu, revolusi dalam PdP yang sedang berlaku ini perlu diurus dengan baik bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan individu sama ada pelajar mahupun tenaga pengajar sentiasa berada pada tahap yang optimum. Tekanan psikologi dan aspek kesihatan mata disebabkan pendedahan terhadap skrin dalam jangka masa lama juga perlu diambil kira dan ditangani dengan baik. Ini memandangkan, penggunaan skrin dalam tempoh yang lama boleh mendatangkan pelbagai implikasi termasuklah keradangan mata ( digital-eye strain & foreign body sensation ), masalah berkaitan postur badan yang membawa kepada pelbagai masalah psikologi seperti gangguan mood , emosi negatif, kebimbangan, tingkah laku langsang dan kemurungan pada akhirnya. Justeru, pelajar dan tenaga pengajar harus bijak mengawal penggunaan skrin dengan mengamalkan peraturan 20-20-20 iaitu berhenti seketika melihat skrin gajet selama 20 saat sambil memandang objek yang sejauh 20 kaki selepas setiap 20 minit penggunaan gajet. Selain itu, postur tubuh dan susun atur meja juga amat penting dalam memastikan keselesaan sewaktu menghadiri sesi PdP.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=