OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
14 talian ( online ). Melalui, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), kerajaan telah menggariskan fokus, strategi utama, dan pelan pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan mengikut keperluan semasa dan masa hadapan. Ini dalam masa yang sama memastikan sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah antara yang terkemuka di dunia yang membolehkan Malaysia terus bersaing di peringkat global. Terdapat sepuluh Lonjakan membentuk asas bagi Pelan Pembangunan ini. Antaranya termasuklah pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran dalam talian yang sangat releven dalam situasi ketika ini. Dalam era Revolusi Industri 4.0 ini, setiap maklumat hanya di hujung jari, para pelajar dan tenaga pengajar seharusnya memanfaatkan teknologi ini untuk aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan pelajar menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Malah, agama Islam sendiri amat menggalakkan umatnya membudayakan ICT dalam melengkapi kehidupan seharian. Penguasaan ICT dapat memperkasakan individu dalam membentuk modal insan yang inovatif, kompetetif dan efektif. Kesemua elemen dan kualiti ini merupakan prasyarat penting kepada setiap pelajar untuk bersaing di persada global yang sangat mencabar ini. Allah SWT telah berfirman dalam surah at-Taubah, ayat 122 yang bermaksud: “Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang), mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”. Dalam ayat ini, Allah SWT telah menekankan kepentingan menuntut ilmu dan mendapatkan pengetahuan kerana ia dapat menjaga dan memperbaiki kehidupan manusia. Oleh itu, setiap pelajar harus menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT ini untuk mendapatkan ilmu dan mendalaminya. ICT merupakan gerbang ilmu tanpa sempadan yang harus diteroka bagi meningkatkan kemajuan diri dan pencapaian dalam semua bidang termasuklah pendidikan. Pandemik yang berlaku dilihat telah memacu lonjakan PdP secara dalam talian. Meskipun begitu, PdP secara dalam talian menjadikan tugasan para pengajar dan pelajar semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu ini. Pembelajaran dalam talian kini dilihat bukan lagi sebagai satu pilihan tetapi suatu keperluan. Pelbagai aplikasi atau platform digital yang bersesuaian seperti Microsoft team ,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=