OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

13 REVOLUSI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Oleh: Abdul Rashid Abdul Aziz rashid@usim.edu.my Abdul Rashid Abdul Aziz berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang kaunseling, psikologi positif, kesejahteraan & kesihatan mental. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan termasuklah artikel dalam jurnal berwasit, prosiding akademik, buku akademik, bab dalam buku dan lain-lain. ABSTRACT COVID-19 pandemics have changed the landscape of educational system in Malaysia. In addition, this paper also aims to analyze teaching and learning changes, scenario and impact particularly among students and educator. Pengenalan Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia dilihat seperti tiada kesudahan. Saban hari berlaku pertambahan kes jangkitan dan kematian yang disebabkan oleh COVID-19. Di Malaysia, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan sehingga pertengahan April 2021 sebanyak 375 ribu rakyat Malaysia telah dijangkiti wabak COVID-19 dan seramai lebih kurang 1400 telah terkorban dan statistik ini terus meningkat. Umum mengetahui bahawa rentetan pandemik COVID-19 ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diperkenalkan dan mengubah landskap cara hidup kebanyakan masyarakat di Malaysia. Pelbagai sektor termasuklah politik, ekonomi, sosial dan kesihatan telah dilihat terkesan dengan norma baharu ini. Malah, sektor pendidikan negara turut tidak terlepas dari impak COVID-19 ini, sama ada pendidikan di peringkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi. Ianya telah mengubah cara dan sistem pengajaran dan pembelajaran konvensional sedia ada. Perubahan Lanskap Pendidikan Negara Kini, sistem pendidikan negara sedang mengalami transformasi iaitu setiap aktiviti pengajaran dan pembelajarannya (PdP) diintegrasi melalui kaedah secara bersemuka dan secara dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=