OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

12 telah menyebabkan banyak sektor ekonomi terjejas dan turut tidak terkecuali ialah sektor industri kreatif. Oleh itu, kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah mengambil langkah untuk membantu sektor tersebut terutama sekali bagi menyokong penyesuaian norma baru bagi sektor tersebut. Melalui PENJANA, RM30 juta geran diberikan untuk industri kreatif selain acara dan pameran di bawah MyCreative Venture dan RM35 juta Dana Kandungan Digital melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk membiayai projek sektor kreatif yang memfokus pada seni animasi dan visual. Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga telah mengambil inisiatif memperkenalkan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang bersifat jangka pendek sebagai langkah untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat seni terutama dalam tempoh pandemik Covid-19. Penutup Secara kesimpulannya, industri kreatif mempunyai potensi untuk menyumbang dalam sektor ekonomi negara, namun ia memerlukan sokongan yang padu dari kerajaan dan juga undang- undang sedia ada, iaitu undang-undang harta intelek secara amnya dan undang-undang hak cipta secara khususnya. Kempen berkaitan pembudayaan harta intelek dalam kalangan penggiat seni perlu dipertingkatkan agar karyawan dijamin haknya di sisi undang-undang. BIBLIOGRAFI Khadijah Mohamed & Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2005). Undang-Undang Harta Intelek di Malaysia, Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Makmur & Abdullah Yusof. (2009). Isyarat dan Manifestasi Seni Dalam Al-Qur’an: Satu Sorotan. Jurnal Al-Tamaddun, 4 ,67 – 79. Malaysia: Dasar Industri Kreatif Negara. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Capaian pada 29 April 2021 di https://www.kkmm.gov.my/pdf/Dasar/dikn.pdf Malaysia: Booklet-PENJANA. Kementerian Kewangan. Capaian pada 28 April 2021, https://penjana.treasury.gov.my/pdf/PENJANA-Booklet-Bm.pdf. Paris: What Do We Mean by the Cultural and Creative Industries?. UNESCO. Capaian pada 28 April 2021, https://en.unesco.org/creativity/sites

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=