OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM
11 di Malaysia berpandangan bahawa harta intelek merupakan harta yang berkait rapat dengan daya kreativiti seseorang yang tercetus daripada idea yang menghasilkan penemuan baru. Oleh yang demikian, undang-undang harta intelek pula boleh ditafsirkan sebagai peraturan yang bertujuan untuk menjaga hasil kreativiti yang wujud dari minda seseorang. Islam juga tidak melarang pemilikan harta intelek dan menghargai penciptanya selagi mana harta tersebut memberi manfaat dan diperolehi mengikut hukum yang dibenarkan. Terdapat pelbagai jenis harta intelek seperti hak cipta, reka bentuk industri, paten dan cap dagangan. Namun begitu, undang-undang hak cipta merupakan undang-undang yang sangat terkait dengan industri kreatif kerana ia memberikan perlindungan undang-undang terhadap karya sastera dan seni daripada dieksploitasi tanpa kebenaran pencipta karya seperti cetak rompak, plagiat dan sebagainya. Melalui perlindungan undang-undang yang diberikan oleh hak cipta, pencipta karya diberikan hak eksklusif untuk mengawal karya mereka terutama sekali dalam memastikan karya tersebut dapat diekploitasi dan memberi pulangan kewangan seperti royalti kepada pencipta karya. Dengan cara ini, inovasi dan industri kreatif dapat berkembang kerana undang-undang hak cipta berperanan sebagai insentif untuk karyawan terus berkarya dan mencipta karya baru kerana karya mereka dijamin perlindungannya di sisi undang-undang. Sebagai panduan, WIPO pada tahun 2017 memperkenalkan empat langkah utama yang perlu diambil oleh karyawan bagi tujuan menguruskan karya seni mereka iaitu; (i) memahami hak sebagai pemilik asal karya (ii) memastikan langkah-langkah telah diambil untuk mengenalpasti pencipta karya (iii) merancang bagaimana harta intelek tersebut boleh dieksploitasi dan (iv) memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku pelanggaran hak harta intelek. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya industri kreatif berkait rapat dengan undang-undang harta intelek kerana kreativiti manusia yang menjadi sumber dalam industri kreatif juga merupakan teras utama dalam harta intelek. Undang-undang harta intelek merupakan nadi utama industri kreatif kerana undang-undang harta intelek berperanan membantu memberikan hak yang sewajarnya kepada karyawan dan seterusnya memastikan karyawan memperolehi pulangan hasil daripada eksploitasi karya mereka. Intervensi Kerajaan dalam Industri Kreatif Malaysia Memandangkan industri kreatif mempunyai potensi besar ke arah menyumbang ekonomi negara untuk tempoh jangka panjang, kerajaan telah menghulurkan pelbagai bantuan bagi membantu sektor ini terus berkembang. Umum juga mengetahui bahawa pandemik Covid-19
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=