OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

10 serta yang mempunyai potensi menjana kekayaan dan mencipta peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek juga tergolong dalam kelompok industri kreatif. Selain itu, DIKN juga telah mengenalpasti tiga kelompok industri yang tergolong dalam industri kreatif iaitu, Industri Kreatif Multimedia, Industri Kreatif Seni Budaya dan Industri Kreatif Warisan Negara. Industri kreatif Multimedia terdiri daripada industri-industri yang mengaplikasikan kemajuan teknologi terkini bagi tujuan menghasilkan produk-produk kreatif seperti penerbitan filem dan televisyen, pengiklanan, seni reka dan animasi dan kandungan digital. Bagi industri kreatif dan seni budaya pula, ia merupakan karya seni yang memfokus pada karya seni yang mengandungi ciri budaya Malaysia seperti kraf, seni visual, seni muzik, seni persembahan, penulisan kreatif serta fesyen dan tekstil. Industri Kreatif Warisan Negara pula terdiri daripada industri yang berkait rapat dengan warisan budaya contohnya muzium, arkib, pemulihan dan pemuliharaan. Menurut laporan media, industri kreatif mampu memberi keuntungan kepada negara dengan syarat karya seni yang berkualiti dapat dihasilkan. Oleh yang demikian, pelbagai isu dan cabaran harus didepani agar industri ini dapat menyumbang secara agresif dalam ekonomi negara. Salah satu isu dan cabaran yang dibangkitkan ialah kurangnya kesedaran di kalangan karyawan tentang kepentingan memelihara hak cipta sehingga menyebabkan pulangan sewajarnya tidak dapat diperolehi. Industri Kreatif Menurut Perspektif Islam Makmur dan Abdullah Yusof dalam Jurnal Al-Tamaddun pada 2009 mengupas pandangan Islam berkaitan kesenian yang menurut mereka dibenarkan selagi ianya tidak melampaui batas syariat. Hujahan mereka bersandarkan pada al-Quran yang mengandungi ayat-ayat suci, disusun dengan indah sehingga menjadikannya manifestasi keindahan sastera al- Quran. Menurut mereka, al-Quran memberikan isyarat berkaitan kesenian, salah satunya melalui firman Allah SWT dalam surah al-Qalam, ayat 1, yang bermaksud; “Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis.” Selain itu, terdapat tiga jenis kesenian yang diketengahkan oleh penulis iaitu, seni khat, seni bina dan juga seni kesusasteraan. Berdasarkan pada jenis kesenian tersebut, jelas dapat dilihat bahawa industri kreatif ini tergolong dalam ketiga-tiga kelompok tersebut. Undang-Undang Harta Intelek dan Industri Kreatif Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mentakrifkan harta intelek sebagai ciptaan minda yang terdiri daripada karya seni, penemuan, program komputer, cap dagangan dan tanda komersil manakala Khadijah dan Ahmad Shamsul dalam buku Undang-Undang Harta Intelek

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=