OFFSTONE | JUNE 2021 | FKP USIM

1 PENGURUSAN EMOSI DALAM MELAYARI MEDIA SOSIAL SEMASA NORMA BAHARU Oleh: Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz & Dr. Rezki Perdani Sawai rashid@usim.edu.my Abdul Rashid Abdul Aziz berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang kaunseling, psikologi positif, kesejahteraan & kesihatan mental. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan termasuklah artikel dalam jurnal berwasit, prosiding akademik, buku akademik, bab dalam buku dan lain-lain. ABSTRACT This article explores emotional regulation which is related to social media activities during Movement Control Orders (MCO). The aspects of emotional management are discussed further because the ability to manage emotions is important for individuals to be resilient to any content in social media that can affect personal well-being. Pengenalan Internet dan media sosial pada masa kini dilihat sebagai satu platform golongan muda untuk berinteraksi. Menerusi perbualan ‘chatting’ , e-mel, sms, blogging dan media sosial, kini ia menjadi medium yang memudahkan pengguna untuk berkomunikasi tanpa perlu bersua muka. Natijahnya, ada pelayar internet yang lebih cenderung untuk menyendiri dan enggan berkomunikasi secara bersemuka kerana keperluan untuk berinteraksi dipenuhi oleh internet. Keadaan ini semakin buruk semasa pandemik COVID-19 dengan jumlah individu yang menggunakan saluran ini bertambah sehingga mengundang kebejatan sosial apabila disalahgunakan untuk agenda tertentu seperti fitnah, memecah-belahkan perpaduan kaum dan menghina agama hingga mencetuskan kemarahan awam. Bahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendapati sebanyak 3,407 akaun media sosial palsu yang digunakan untuk penyebaran mesej ekstremis, kebencian, fitnah, berita palsu dan sebagainya pada 2019 dan terus meningkat hingga kini. Justeru, sekiranya media sosial digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab pastinya akan berlaku penipuan, fitnah,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=