OFFSTONE JAN EDITION 2026

31 dan dialog antara agama boleh dilaksanakan secara meluas dengan kos yang minimum. Walau bagaimanapun, keberkesanan inisiatif ini bergantung kepada keupayaan pengamal komunikasi untuk merancang strategi kandungan yang beretika, konsisten dan berfokus kepada khalayak sasaran. Pendidikan komunikasi Islam juga perlu diperkukuh dalam institusi pengajian tinggi dan latihan profesional. Pendedahan kepada teori komunikasi, literasi media dan etika Islam mampu melahirkan pengamal komunikasi yang berwibawa serta berupaya menyumbang kepada usaha peacebuilding di peringkat global. Penutup Islam menyediakan kerangka komunikasi yang komprehensif untuk pembinaan keamanan dalam konteks komunikasi global. Dengan mengintegrasikan nilai etika Islam dan penggunaan media digital secara berhemah, komunikasi boleh menjadi alat berkesan dalam mengurangkan konflik dan memupuk keharmonian sejagat. Usaha ini memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak dalam menjadikan komunikasi sebagai jambatan keamanan, bukan punca perpecahan. BIBLIOGRAFI Al-Quran. Abdullah, M. R. (2019). Communication ethics in Islam. Journal of Islamic Studies , 30(2), 145– 160. Kent, M. L., & Taylor, M. (2021). Public relations and dialogue. Public Relations Review , 47(1), 101–115. Macnamara, J. (2020). Beyond voice: Audience engagement in communication. Asia Pacific Public Relations Journal , 21(1), 5–22.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=