OFFSTONE JAN EDITION 2026

29 ISLAM, PEMBINAAN KEAMANAN DAN KOMUNIKASI GLOBAL DALAM ERA DIGITAL Oleh: Muhamad Zaki Mustafa, Muhammad Raqib Mohd Sofian & Safiyyah Ahmad Sabri zaki@usim.edu.my Penulis pertama ialah pensyarah Program Komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang perhubungan awam, komunikasi kewartawanan, dakwah dan media baharu. Setakat ini telah menghasilkan penerbitan termasuk buku akademik, bab dalam buku, prosiding akademik dan artikel dalam jurnal berwasit dan/atau berimpak. ABSTRACT This article discusses the role of Islamic communication principles in peace-building within the context of global communication. By integrating ethical values, dialogue, and digital media practices, Islam offers a framework for fostering mutual understanding, reducing conflict, and promoting harmonious global interaction in an increasingly interconnected digital world. Pengenalan Dalam dunia global yang semakin saling berhubung, konflik sosial, budaya dan agama sering berlaku akibat salah faham komunikasi. Islam sebagai agama yang membawa mesej rahmah dan keamanan sejagat menekankan kepentingan komunikasi beretika, dialog dan toleransi. Artikel ini membincangkan bagaimana prinsip komunikasi Islam dapat menyumbang kepada pembinaan keamanan (peace-building) dalam konteks komunikasi global, khususnya melalui media digital. Islam, Keamanan dan Prinsip Komunikasi Islam meletakkan asas komunikasi berteraskan kebenaran, keadilan dan hikmah. Prinsip seperti qaulan sadida (perkataan benar), qaulan layyina (perkataan lemah lembut) dan qaulan baligha (perkataan berkesan) menjadi panduan penting dalam menyampaikan mesej.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=