OFFSTONE JAN EDITION 2026

25 KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA DALAM MEMBANGUN PERPADUAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Dr. Safiyyah Ahmad Sabri, Dr. Muhammad Raqib Mohd Sofian, Muhamad Zaki Mustafa & Dr. Eizan Azira Mat Sharif safiyyah@usim.edu.my Penulis pertama adalah Pensyarah Kanan dalam Program Komunikasi di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau memegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan memiliki minat mendalam dalam bidang pelaporan Islam dan konflik, berita palsu, keselamatan siber, serta isu-isu berkaitan dengan kaum, budaya, dan agama. ABSTRACT This article discusses the role of intercultural communication in fostering unity, emphasizing the Islamic perspective. Islam encourages values such as tolerance, empathy, and mutual respect as the foundation for positive interactions among diverse cultures. Through dialogue and openness, multi-religious populations can reduce prejudice and build a harmonious and inclusive society. Pengenalan Dalam dunia yang semakin globalisasi dan berhubung, komunikasi antara budaya memainkan peranan penting dalam membina perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai latar belakang agama dan budaya. Dalam konteks ini, perspektif Islam menawarkan panduan berharga melalui nilai-nilai seperti toleransi, empati, dan saling menghormati. Ajaran Islam menekankan kepentingan memahami perbezaan dan berinteraksi secara positif, yang mana dapat membantu meredakan ketegangan dan mengurangkan prejudis. Dengan mempromosikan dialog dan interaksi yang berfaedah antara budaya, umat Islam dapat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=