OFFSTONE JAN EDITION 2026
13 KEPIMPINAN, KOMUNIKASI DAN ETIKA KERJA ISLAM DALAM MEMBINA KEAMANAN ORGANISASI GLOBAL Oleh: Prof Madya Dr. Khairunneezam Mohd Noor, Dr. Kalsom Ali dan Dr. Safiyyah Ahmad Sabri neezam@usim.edu.my Penulis pertama, Khairunneezam merupakan Pensyarah Kanan di Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau merupakan Mentor di Mizan Knowledge for Change (K4C) Regional Training Centre dan Felo Bersekutu di Institut Sains Islam (ISI), USIM. ABSTRACT This article examines peace-oriented leadership through the lens of Islamic work ethics and ethical communication within global human resource development. It explores how value- based leadership, empathetic communication, and conflict-sensitive practices foster organisational harmony. The discussion concludes that integrating Islamic ethical principles strengthens sustainable, inclusive, and resilient global workplaces. Pendahuluan Dalam dunia kerja global yang semakin kompleks dan saling bergantung, isu kepimpinan, komunikasi dan pengurusan sumber manusia tidak lagi boleh dilihat secara terpisah. Organisasi hari ini beroperasi merentasi sempadan geografi, budaya dan ideologi, menjadikan interaksi manusia sebagai teras utama kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah institusi. Dalam konteks ini, kepimpinan berorientasikan keamanan yang disokong oleh komunikasi beretika dan nilai kerja Islam menawarkan satu pendekatan holistik yang relevan untuk pembangunan sumber manusia global yang mampan dan berdaya tahan. Kerangka Pembangunan Sumber Manusia dalam Membentuk Keamanan Organisasi Global
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=