E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 573 1. Kerjasama Strategik – Antara kerajaan Arab Saudi, Lembaga Tabung Haji, agensi pengendali umrah, dan syarikat teknologi. 2. Pembangunan Platform Inklusif – Mewujudkan aplikasi bersepadu berasaskan AI yang menggabungkan navigasi, komunikasi, kesihatan, dan bimbingan ibadah. 3. Latihan Petugas Haji/Umrah – Memberi latihan dalam penggunaan teknologi AI untuk membantu jemaah OKU. 4. Reka Bentuk Inklusif – Memastikan teknologi yang dibangunkan bersifat mesra pengguna dan mesra OKU. 5. Penyelidikan Lanjutan – Kajian lanjut mengenai kesesuaian AI dalam konteks ibadah haji dan umrah serta penerimaan masyarakat Islam. 6. Kesimpulan AI berpotensi menjadi alat bantu yang inklusif dan inovatif dalam meningkatkan kualiti pengalaman ibadah haji dan umrah bagi golongan OKU. Penggunaannya dapat mengatasi pelbagai isu berkaitan mobiliti, komunikasi, dan kefahaman ibadah, di samping memperkukuh keselamatan serta keselesaan jemaah. Walaupun cabaran dari segi kos, infrastruktur, dan kesesuaian budaya masih wujud, sokongan pelbagai pihak dan pendekatan strategik mampu menjadikan AI sebagai instrumen penting dalam memastikan keadilan, kesamarataan, dan rahmah Islam terzahir dalam ibadat haji dan umrah. Konsep OKU Menurut Perundangan di Malaysia Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Secara amnya, terdapat tujuh kategori OKU yang direkodkan di bawah JKM iaitu Kurang Upaya Pendengaran, Kurang Upaya Penglihatan, Kurang Upaya Pertuturan, Kurang Upaya Fizikal, Kurang Upaya Pembelajaran, Kurang Upaya Mental dan Kurang Upaya Pelbagai AI dan teknologi canggih memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh OKU (Orang Kurang Upaya) semasa menunaikan ibadah Haji dan Umrah, terutamanya dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=