E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 568 2. Isu-isu OKU dalam Pelaksanaan Haji & Umrah Golongan OKU menghadapi pelbagai isu ketika melaksanakan ibadat haji dan umrah, antaranya: • OKU Fizikal: Kesukaran bergerak semasa tawaf, sa’ie, melontar jamrah, serta menguruskan diri dalam kawasan sesak. • OKU Penglihatan: Kesukaran navigasi, mengenal lokasi, membaca tanda arah, dan memahami bacaan doa/manasik. • OKU Pendengaran: Kesulitan memahami arahan pegawai, khutbah, syarahan atau makluman kecemasan. • OKU Intelektual / Pembelajaran: Memerlukan pendekatan mudah faham, visual, dan interaktif bagi memahami aturan ibadat. • Isu Infrastruktur: Walaupun kemudahan asas disediakan, kadangkala tidak mesra OKU sepenuhnya, terutamanya dari segi akses pergerakan dan bimbingan. 3. Potensi AI sebagai Penyelesaian Kecerdasan buatan (AI) dapat menjadi pemangkin bagi mempermudah ibadah jemaah OKU melalui aplikasi berikut: • Aplikasi Navigasi Pintar: Aplikasi mudah alih berasaskan AI dengan arahan suara, peta digital, serta teknologi geolokasi untuk membantu pergerakan jemaah buta atau berkerusi roda. • Penterjemahan Automatik: AI dalam bentuk real-time translation dan speech-to-text memudahkan komunikasi jemaah pekak atau bisu. • Robot & Asisten Maya: Robot pandu arah di Masjidil Haram/Masjid Nabawi atau asisten maya berbahasa ibunda yang memberi tunjuk ajar manasik. • AI Vision untuk OKU Penglihatan: Kanta pintar atau alat mudah alih yang mampu “membaca” papan tanda, teks doa, dan memaklumkan secara suara.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=