E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 526 KURANG MEMUASKAN 0 % 0 TIDAK MEMUASKAN 0 % 0 Jadual 9. Peratusan dan bilangan responden Berdasarkan Rajah 7 dan Jadual 9, sebanyak 47.4% responden menyatakan respon “sangat memuaskan” terhadap pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam penyampaian Modul KAH, manakala 52.6% responden menyatakan “memuaskan”. Tiada responden yang memilih kategori “kurang memuaskan” (0.0%) atau “tidak memuaskan” (0.0%). Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua responden memberikan penilaian positif terhadap pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah. Hal ini menjelaskan bahawa pendekatan penyampaian modul tersebut dianggap sesuai, jelas, serta mampu meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran Soalan 8 Rajah 8 . Carta pai soalan 8 RESPON PERATUSAN BILANGAN SANGAT MEMUASKAN 42.1 % 16 MEMUASKAN 55.3 % 21 KURANG MEMUASKAN 0 % 0 TIDAK MEMUASKAN 0 % 0 Jadual 10. Peratusan dan bilangan responden Berdasarkan Rajah 8 dan Jadual 10, sebanyak 42.1% responden menyatakan respon “sangat memuaskan” terhadap kaedah tunjuk ajar dan simulasi dalam Modul KAH yang membantu meningkatkan kefahaman tentang praktikal haji, manakala 55.3% responden menyatakan “memuaskan”. Tiada responden yang memilih kategori “kurang memuaskan” (0.0%) atau “tidak memuaskan” (0.0%). Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua responden memberikan penilaian positif terhadap kaedah tunjuk ajar dan simulasi yang digunakan dalam modul tersebut. Hal ini membuktikan bahawa pendekatan berasaskan praktikal ini dianggap berkesan, mudah difahami, serta mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam melaksanakan ibadah haji secara lebih menyeluruh. Bahagian C: Kepuasan Keseluruhan Analisis data bahagian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan keseluruhan pelajar yang mengambil aliran Diploma Pengurusan Haji & Umrah di KPMAIWP.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=