E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 524 Jadual 6. Peratusan dan bilangan responden Berdasarkan Rajah 4 dan Jadual 6, sebanyak 60.5% responden menyatakan respon “sangat memuaskan” berkenaan Modul KAH dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar peringkat diploma. Sementara itu, 39.5% responden menyatakan “memuaskan”, manakala tiada responden memilih kategori “kurang memuaskan” (0.0%) atau “tidak memuaskan” (0.0%). Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua responden memberikan penilaian positif terhadap Modul KAH sebagai rujukan akademik. Hal ini sekali gus menggambarkan keberkesanan modul tersebut dalam menyokong proses pembelajaran pelajar diploma serta menepati keperluan akademik mereka. Bahagian B: Penilaian Kaedah Penyampaian Analisis data bahagian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar tentang kaedah penyampaian Modul KAH yang diajarkan oleh para Pensyara, Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP). Soalan 1 Rajah 5 . Carta pai soalan 5 RESPON PERATUSAN BILANGAN SANGAT MEMUASKAN 50.0 % 19 MEMUASKAN 50.0 % 19 KURANG MEMUASKAN 0 % 0 TIDAK MEMUASKAN 0 % 0 Jadual 7. Peratusan dan bilangan responden Berdasarkan Rajah 5 dan Jadual 7, sebanyak 50.0% responden menyatakan respon “sangat memuaskan” terhadap kaedah pengajaran Modul KAH, manakala baki 50.0% responden menyatakan “memuaskan”. Tiada responden yang memilih kategori “kurang memuaskan” (0.0%) atau “tidak memuaskan” (0.0%). Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua responden memberikan penilaian positif terhadap kaedah pengajaran Modul KAH. Hal ini membuktikan bahawa pendekatan pengajaran yang digunakan dalam modul tersebut oleh para Pensyarah dianggap menarik, jelas, serta mudah diikuti oleh pelajar, sekali gus meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=