E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 469 ketahanan bateri di Tanah Suci boleh mengganggu fungsi aplikasi AI. Cabaran lain termasuk perlunya penglibatan ulama dalam penyediaan kandungan, kos pembangunan teknologi canggih, serta penerimaan budaya bagi pengguna pelbagai latar belakang dan tahap digital. Cadangan Pelaksanaan dalam Sistem THiJARI Bagi memastikan kejayaan AI Al-Quran dan zikir dalam aplikasi THiJARI, beberapa cadangan pelaksanaan diusulkan: 1. Integrasi Fungsional: THiJARI boleh menggabungkan bacaan Al-Quran dengan fungsi kecerdasan suara. Contohnya, menggunakan algoritma pengenalan suara untuk memeriksa tajwid dan ketepatan bacaan, serupa dengan ciri Al-Maqraa yang diawasi guru berkelayakan. zikir harian pula boleh disertakan dengan notifikasi waktu dan statistik amalan pengguna. 2. Penglibatan Pakar Agama: Kandungan AI perlu melalui proses pensijilan agama. Kerjasama dengan jabatan agama dan pakar Quran diperlukan untuk memastikan maklumat zikir dan doa sahih. Pendekatan hibrid boleh diamalkan – di mana soalan rutin dijawab AI, manakala pertanyaan kompleks dirujuk kepada pakar (meniru model e-taib THhujjaj). 3. Sistem Pemantauan dan Maklum Balas: Mengikuti model platform global, THiJARI boleh menyediakan sistem pentadbiran untuk memantau kemajuan pengguna (contoh: pelaporan analitis komprehensif di Al-Maqraa). Sebagai contoh, kursus Al-Quran dan zikir dapat disusun mengikut tahap (pemula, lanjutan) dan disertakan sijil digital. 4. Reka Bentuk Mesra Pengguna: Antaramuka perlu ringkas dan mesra semua peringkat usia. Sokongan pelbagai bahasa, termasuk bahasa Malaysia dan Arab, harus disediakan. Kerana sebahagian besar jemaah mungkin berada di tempat tanpa internet, offline (muat turun bacaan dan audio) juga dicadangkan. 5. Kolaborasi Dengan Sedia Ada: AI ini harus melengkapi kursus asas haji (Kursus Asas Haji) yang sudah ada dalam sistem e-Bimbingan Tabung Haji. Kandungan dapat diselaraskan agar tidak bertindih; misalnya, AI fokus pada bacaan ibadah dan wirid, sementara konvensional mengulas rukun haji secara menyeluruh. Saranan Masa Depan: Penyelidikan dan Penglibatan Institusi Untuk jangka masa panjang, kajian tambahan dan penambahbaikan berterusan perlu diutamakan. Antaranya: 1. Penelitian Lanjutan: Menilai impak penggunaan AI ke atas kefahaman dan kualiti ibadah secara empirikal – misalnya melalui kajian kuantitatif terhadap kumpulan pengguna THiJARI. Penekanan juga perlu kepada kepuasan pengguna dan kebolehgunaan teknologi baru. 2. Peningkatan Teknologi: Terokai penggunaan AI terkini seperti realiti maya (VR) untuk simulasi manasik haji, atau AR untuk panduan visual di Masjidil Haram. Inovasi AI dalam analisis suara/imej juga boleh digunakan untuk memberi maklum balas bacaan Al-Quran dan zikir secara langsung. 3. Kerjasama Institusi Agama: Institusi keagamaan perlu dilibatkan dari awal. Sebagaimana Majelis Ulama Indonesia menggesa umat Islam menggunakan AI untuk kemudahan dakwah dan penyelesaian keagamaan, Lembaga Tabung Haji dan jabatan 4. agama Malaysia boleh memperkasa pusat penyelidikan Islam untuk memantau dan mengiktiraf AI baharu. Sebarang produk harus melalui pensijilan syariah rasmi. 5. Penerjemahan dan Keterangkuman: Perluasan kandungan kepada bahasa dan budaya setempat digalakkan. Sebagai contoh, menambah terjemahan ayat-ayat Al- Quran dalam bahasa tempatan (jika relevan) untuk membantu kefahaman jemaah bukan berbahasa Arab. 6. Latihan dan Pendidikan Pengguna: Sediakan latihan untuk pegawai TH dan pengguna THiJARI dalam menggunakan teknologi baru ini, agar mereka yakin dan celik digital. Ini termasuk menyediakan garis panduan etika penggunaan AI dalam ibadah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=