E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 419 PERSEPSI JEMAAH HAJI MALAYSIA TERHADAP PERKHIDMATAN TABUNG HAJI MENGGUNAKAN PENDEKATAN ANALISIS KECERDASAN BUATAN (AI) 1 Mohd Farihal Osman ( corresponding author ) , 2 Amirul Bin Osman Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia Emel : farihal@uum.edu.my , ABSTRAK Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi jemaah haji Malaysia terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menggunakan pendekatan Kecerdasan Buatan (AI) secara konseptual. Dalam era transformasi digital, pendekatan berasaskan Natural Language Processing (NLP) dan analisis sentimen berpotensi menjadi alat penting bagi memahami suara pelanggan secara lebih meluas dan mendalam. Artikel ini mengusulkan model konseptual penggunaan analisis sentimen untuk menilai persepsi jemaah terhadap perkhidmatan Tabung Haji termasuk penginapan, bimbingan ibadah, urusan kewangan, dan pengurusan haji. Dengan meneliti dapatan kajian lepas dan integrasi teknologi AI, kertas kerja ini mencadangkan satu kerangka konseptual yang boleh membantu Tabung Haji memperkukuh strategi penjenamaan, meningkatkan pengalaman jemaah serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan berasaskan data. Kata kunci: Tabung Haji, Persepsi Jemaah, Kecerdasan Buatan, Analisis Sentimen, Pengurusan Haji. 1.0 PENDAHULUAN Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan institusi unggul yang berperanan menguruskan simpanan, pelaburan, dan pengurusan haji bagi umat Islam di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1963, TH menjadi simbol kebanggaan umat Islam kerana berjaya memudahkan perjalanan ibadah haji dengan sistem pengurusan yang tersusun, berintegriti dan patuh syariah. Namun, dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi dan persaingan perkhidmatan kewangan Islam, keperluan untuk memahami persepsi pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan Tabung Haji semakin kritikal. Persepsi ini menjadi ukuran utama terhadap tahap kepuasan jemaah, keberkesanan strategi komunikasi, dan keberhasilan inisiatif transformasi digital TH. Di sinilah muncul peranan Kecerdasan Buatan (AI), khususnya Natural Language Processing (NLP) sebagai kaedah moden untuk menganalisis data tidak berstruktur seperti komen di media sosial, forum jemaah, dan ulasan digital. Melalui analisis sentimen, AI berpotensi mengenal pasti pola emosi, maklum balas spontan, serta keutamaan pelanggan dengan lebih tepat dan berskala besar. Oleh itu, artikel ini mencadangkan satu kerangka konseptual untuk memahami persepsi jemaah terhadap kemudahan TH menggunakan pendekatan AI. 2.0 PERMASALAHAN KAJIAN Walaupun Tabung Haji secara konsisten menerima pengiktirafan sebagai pengurus haji terbaik di dunia Islam namun beberapa cabaran tetap wujud. Aduan berkaitan kesesakan penginapan, kualiti makanan,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=