E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 404 FALSAFAH HAJI: DARI SEBUAH RITUAL MENUJU TRANSFORMASI JIWA DAN SOSIAL Abd Hakim Mohad ( corresponding author ), Ros Aiza Mohd Mokhtar, Nurul Nadirah Abu Hasan, Afiqah Mior Kamarulbaid Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia Emel : abdhakim@usim.edu.my ABSTRAK Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan. Namun, haji seringkali difahami dalam bentuk ritual fizikal semata-mata tanpa penghayatan terhadap makna dan falsafah yang mendalam di sebaliknya. Kertas kerja ini membincangkan dimensi rohani dan sosial dalam ibadah haji dengan menekankan bahawa setiap rukun haji mengandungi simbolisme dan nilai transformasi yang besar terhadap jiwa individu serta masyarakat. Simbolsimbol ini membawa gagasan falsafah yang besar sesuai dengan pengorbanan besar setiap jemaah haji. Mereka mengeluarkan belanja yang besar, meninggalkan orangorang tersayang, perniagaan dan pekerjaan, menuju Tuhan yang Esa. Persoalannya tahukah mereka bahawa setiap rukun haji yang mereka kerjakan membawa falsafah kehidupan yang mendalam? Ihram melambangkan penyucian diri dan penghapusan identiti duniawi; tawaf menggambarkan kesetiaan mutlak kepada Allah sebagai pusat kehidupan; sa’ie mencerminkan usaha dan pengorbanan dalam kehidupan; wuquf di Arafah menyeru muhasabah dan kesedaran eksistensial; melontar jamrah menzahirkan perjuangan melawan hawa nafsu dan kezaliman; manakala tahallul menandakan kelahiran semula spiritual. Melalui pendekatan falsafah, haji mempunyai tafsiran yang luas. Haji membawa pembebasan jiwa dan kesatuan umat. Justeru, penghayatan haji secara holistik mampu membentuk individu yang bermoral dan masyarakat yang berintegriti. Haji bukan sekadar ibadah individu tetapi sebagai satu gerakan transformasi jiwa dan sosial. Di akhir perbincangan, makalah ini mencadangkan agar falsafah haji yang bersifat transformasi jiwa dan sosial dimasukkan dalam modul kursus haji oleh Tabung Haji Malaysia. Hal ini dilihat dapat membantu dalam melahirkan jemaah haji yang lebih baik dari segi penghayatan ibadah hajinya dan dalam masa yang sama menjadi agen transformasi masyarakat. Kata kunci: Haji, falsafah, transformasi jiwa, perubahan sosial, simbolisme rukun haji. PENDAHULUAN Ibadah haji merupakan kemuncak ibadah dalam Islam dan salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan dari segi fizikal, kewangan dan keselamatan. Setiap tahun, jutaan umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah ini, menzahirkan satu bentuk kesatuan spiritual yang luar biasa. Namun begitu, ibadah haji sering difahami secara terbatas sebagai satu rangkaian ritual fizikal tanpa penghayatan terhadap nilai dan makna rohaniah yang mendalam yang terkandung di sebaliknya. Dalam konteks ini, haji bukan sekadar perjalanan fizikal menuju Baitullah, tetapi lebih penting sebagai perjalanan jiwa menuju penyucian diri dan penghambaan mutlak kepada Allah SWT. Setiap rukun dan amalan dalam ibadah haji mengandungi simbolisme dan falsafah yang kaya, menyentuh aspek keimanan, pengorbanan, disiplin diri serta tanggungjawab sosial. Haji adalah satu proses transformatif yang mampu membebaskan manusia daripada belenggu materialisme dan egoisme, lalu membina kesedaran kolektif serta spiritual dalam diri setiap jemaah. Artikel ini akan membincangkan falsafah ibadah haji dengan memberi penekanan kepada dimensi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=