E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 401 Figure 3. Persoalan Mengikut Lokasi (11pt space) PENUTUP (11pt space) Kajian ini menegaskan bahawa aplikasi e-Taib merupakan satu inisiatif penting Tabung Haji dalam menyediakan medium rujukan hukum yang sahih, pantas dan mudah diakses oleh jemaah haji. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi ini telah berjaya membantu jemaah mendapatkan panduan hukum secara lebih selesa, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber tidak sahih seperti media sosial dan enjin carian umum. Walau bagaimanapun, penilaian dari perspektif Maqasid Syariah masih diperlukan bagi memastikan aplikasi ini bukan sahaja berperanan sebagai alat komunikasi digital, tetapi juga memenuhi objektif syariah dalam aspek pemeliharaan agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan. Sebagai cadangan, aplikasi e-Taib boleh ditambah baik dengan integrasi chatbot AI hukum (Contoh cadangan nama; MufTHBot e-Taib) yang mampu memberikan jawapan automatik dan tepat berdasarkan pangkalan data fatwa, panduan rasmi Tabung Haji, dan rujukan ulama berautoriti. Penambahan fungsi ini akan membolehkan jemaah mendapat respons segera 24 jam sehari, mengurangkan beban petugas, serta meningkatkan keberkesanan aplikasi. (11pt space) Penghargaan: Jutaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji, Bahagian Bimbingan Haji, Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (AJPIH), seluruh PEKTA dan PIHTAS yang terlibat, serta Pengarah Wilayah Lembaga Tabung Haji Sabah dan Sarawak, UMS dan USIM. (11pt space)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=