E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 366 ANALISIS DALAM PENGGUNAAN TEKNOLIGI YANG SEMAKINMELUAS Permulaan yang signifikan dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam urusan haji dan umrah. Tahun Penggunaan Aplikasi 2020 Perjalanan dan kuota yang terhad serta keperluan untuk memantau penyakit covid Tawakkalna ,permit digital dan selainnya 2021-2022 Pengecaman wajah untuk keselamatan dalam pengesahan sebagai jemaah Dron dan nyah bakteria 2023-2024 Diperluaskan kegunaan untuk kemasukan di lapangan terbang dan keselamatan Alat biometrik dan pengecaman wajah, penilaian kesesakan 2025 Diperluaskan utk pemantauan kesihatan, suhu, keselamatan dan selainnya Jam pintar, dron pantauan suhu KESIMPULAN Penggunaan kecerdasan buatan dan digitalisasi dalam pengurusan ibadah Haji dan Umrah merupakan satu langkah penting ke arah menyempurnakan kualiti khidmat yang dipersembahkan kepada para jemaah yang mulia. Dengan aplikasi berasaskan AI yang merangkumi aspek ritual, permit, kewangan, kesihatan, navigasi, logistik, serta komunikasi serta selainnya, ia mampu memberikan bimbingan yang efisien dan menyeluruh sepanjang perjalanan ibadah. Teknologi ini bukan sahaja membantu dalam perancangan dan pemantauan secara masa yang tepat, bahkan menjamin keselamatan dan keselesaan jemaah melalui sistem pengesanan lokasi, pemantauan kesihatan, dan transaksi kewangan yang selamat. Kerjasama strategik dengan institusi kewangan seperti Bank Islam Malaysia Berhad, pihak berkuasa Saudi Arabia, serta pembekal teknologi cip NFC serta selainnya adalah kritikal untuk memastikan sistem berfungsi dengan lancar dan selamat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=