E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 363 jemaah dan pembimbingmenguruskan pelbagai aspek ibadah secara lebih efektif dan efisien. Melalui sistem ini, pengguna dapat menerima sokongan yang disesuaikan secara automatik berdasarkan keperluan semasa. ⚫ Panduan interaktif berasaskan AI yang mampu memberikan bimbingan langkah demi langkah mengikut keperluan individu, termasuk penyesuaian mengikut tahap kefahaman dan latar belakang jemaah. ⚫ Chatbot pintar dan pembantu maya yang sedia memberikan maklumat, menjawab soalan, serta membantu menyelesaikan masalah secara langsung pada bila-bila masa sepanjang musim Haji dan Umrah. ⚫ Personalisasi pengalaman pengguna , di mana aplikasi menyesuaikan kandungan, notifikasi, dan cadangan berdasarkan profil, sejarah ibadah, dan keperluan khusus jemaah. ⚫ Unsur perkhidmatan pintar lain , seperti sistem pembayaran digital, peta interaktif, dan sokongan kecemasan yang semuanya dipadukan secara holistik dalam satu platform. ⚫ Bantuan proaktif yang memberikan cadangan atau amaran berdasarkan konteks perjalanan jemaah, seperti pengingat jadual, lokasi penting, atau amaran kesihatan tanpa perlu diminta secara manual. ⚫ Paparan Muka Depan intuitif yang menyediakan ringkasan visual dan interaktif mengenai status jemaah, termasuk tahap kesihatan, pergerakan lokasi, status kewangan, dan jadual aktiviti yang sedang berlangsung. ⚫ Analisis prestasi dan kehadiran yang membantu pembimbing menilai kemajuan dan penglibatan setiap jemaah dalam aktiviti yang dirancang, sekaligus memudahkan pengurusan kumpulan. ⚫ Pengurusan insiden dan respon kecemasan yang membolehkan tindakan segera melalui dashboard, termasuk penjejakan jemaah yang memerlukan bantuan dan koordinasi dengan petugas di lapangan. ⚫ Kemudahan laporan dan dokumentasi yang membolehkan rekod disimpan secara automatik, memudahkan pemantauan dan penambahbaikan perkhidmatan berasaskan data terkini. 9.0 Komunikasi Komunikasi yang efektif antara jemaah, pembimbing, dan pihak pengurusan merupakan aspek penting dalam menjamin kelancaran ibadah Haji dan Umrah. Aplikasi ini menyediakan pelbagai fungsi komunikasi untuk perhubungan dan interaksi yang cepat dan tepat: ⚫ Saluran komunikasi langsung seperti mesej teks, panggilan suara, dan panggilan video yang membolehkan jemaah berhubung dengan pembimbing dan anggota kumpulan dengan mudah di mana sahaja. ⚫ Notifikasi dan amaran yang berterusan dikemaskini mengikut algoritma yang direncanakan dan disesuaikan untuk menyampaikan maklumat penting seperti perubahan jadual, arahan kecemasan, atau pengumuman rasmi dari pihak berkuasa. ⚫ Sistem penyampaian mesej berkumpulan untuk memudahkan koordinasi dan penyelarasan antara pembimbing dan jemaah dalam kumpulan. ⚫ Terjemahan automatik bagi memastikan komunikasi lancar walaupun antara jemaah dan pembimbing yang berbeza bahasa, mengurangkan halangan bahasa dalam suasana yang pelbagai. ⚫ Rekod dan sejarah komunikasi yang disimpan secara sistematik untuk rujukan dan pemantauan sepanjang tempoh ibadah. 10.0 Maklum Balas dan Penambahbaikan Pengumpulan maklum balas secara sistematik daripada jemaah dan pembimbing adalah penting untuk memastikan aplikasi AI sentiasa relevan, efektif, dan memenuhi keperluan pengguna. Beberapa aspek utama dalam sistem maklum balas dan penambahbaikan termasuk: ⚫ Saluran maklum balas dalam aplikasi yang membolehkan pengguna memberikan pendapat,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=