E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 327 PENUTUP Secara keseluruhan, dapatan awal menunjukkan bahawa tahap penerimaan jemaah terhadap Resolusi MHPK adalah positif, khususnya dari segi kesahihan syarak, relevansi isu semasa dan pengiktirafan rasmi. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran terhadap kewujudannya masih sederhana, dan jemaah kekal bergantung kepada kursus, buku panduan, bahan bercetak, media sosial serta bimbingan ustaz tempatan. Resolusi diiktiraf sebagai autoritatif, tetapi tidak dijadikan sumber eksklusif dalam persediaan haji. Limitasi kajian terletak pada saiz sampel yang kecil (n=56) dan taburan responden yang tidak seimbang, dengan majoriti berasal dari Zon Barat. Keputusan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh populasi jemaah haji Malaysia. Sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 4 , cadangan kajian lanjutan wajar memberi tumpuan kepada peluasan skop penyelidikan melalui penglibatan sampel yang lebih besar dengan taburan geografi yang seimbang bagi memastikan kebolehpercayaan dan kebolehgunaan dapatan. Selain itu, kajian perlu menilai keberkesanan saluran komunikasi rasmi dalam menyebarkan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK), khususnya dari segi capaian, kefahaman, dan tahap pematuhan jemaah. Analisis mendalam terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan sumber rujukan oleh jemaah juga penting untuk mengenal pasti corak kebergantungan kepada sumber tradisional berbanding sumber berautoriti. Di samping itu, peranan teknologi digital seperti aplikasi mudah alih, platform interaktif, dan simulasi realiti maya perlu dikaji secara sistematik bagi menilai potensi inovasi ini dalam memperkukuh kefahaman dan kesiapsiagaan jemaah, dengan memastikan keselarasan terhadap prinsip fiqh yang sahih. Rajah 4. Cadangan kajian lanjutan Kajian ini sekaligus menyumbang kepada literatur dengan mengisi jurang tentang penerimaan jemaah terhadap Resolusi MHPK, sekali gus memberi nilai tambah kepada usaha institusi dalam memperkukuh kefahaman dan persediaan jemaah haji Malaysia. PENGHARGAAN Penghargaan dirakamkan kepada Lembaga Tabung Haji yang telah menyokong penyelidikan ini melalui pembiayaan Geran Penyelidikan RAJIH, Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Universiti Utara Malaysia Kod S/0 21989.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=