E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 305 Upaya (OKU), warga emas serta jemaah yang pertama kali menunaikan haji agar bimbingan yang diberikan lebih inklusif, mesra pengguna, dan berkesan. Sumber : Output SPSS 2025 Berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhan skor min yang diperoleh berada pada tahap tinggi, menunjukkan responden amat bersetuju dengan keperluan penambahbaikan yang dicadangkan. Tiga skor min tertinggi ialah cadangan F4 (4.66) iaitu penekanan terhadap pengisian sirah Rasulullah SAW sebagai komponen utama modul bimbingan haji, diikuti cadangan F2 (4.64) yang menekankan isu-isu kontemporari dan fiqh semasa, serta cadangan F5 (4.61) yang mencadangkan modul khusus untuk golongan OKU, warga emas dan jemaah kali pertama. PENUTUP Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman jemaah berada di tahap yang baik. Namun, aspek wajib haji, waktu wuquf dan melontar jamrah perlu diberi penekanan. Selain itu, wujud cabaran seperti tempoh siri kursus, penggunaan pendekatan visual yang masih belum dioptimumkan, dan hebahan maklumat kursus yang tidak meluas. Antara faktor utama keberkesanan program bimbingan adalah melibatkan pengetahuan asas haji, pengalaman menunaikan haji dan penyampaian penceramah. Penilaian berterusan terhadap keberkesanan program ini penting bagi memastikan ia releven dengan keperluan semasa dan mampu memberikan pengalaman ibadah yang lebih lancar dan bermakna kepada jemaah dengan mengambil kira tahap kefahaman, faktor dan cabaran serta impak pelaksanaan program bimbingan haji di samping mengadaptasi amalan terbaik dari negara lain. Kajian ini turut mencadangkan agar Tabung Haji mewajibkan bakal haji menghadiri kursus haji sekurang-kurangnya lapan minggu kerana ia melibatkan pengetahuan penting mengenai manasik haji. Penghargaan: Penghargaan kepada projek penyelidikan bernombor PP-2025-015 Penilaian Keberkesanan Program Bimbingan Haji Kepada Jemaah Haji: Cabaran, Impak dan Cadangan Penambahbaikan tajaan Lembaga Tabung Haji. RUJUKAN 1. Amran Mat Arriffen, Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi bin Che Noh. Kaedah Pengajaran Ibadat Haji Kepada Orang Awam. 2. Amran Mat Arrifien & Mohd Aderi Che Noh. 2021. Penilaian Kefahaman Peserta Kursus Asas Haji Berpandukan Modul Kursus Asas Haji. Proceedings International Conference on Social Science and Humanities, hlm 454-465 3. Anon. 2022. Nama Malaysia bergema, dipuji bijak urus jemaah haji. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/210004/berita/nasional/nama-malaysia-bergema-dipuji- bijak-urus-jemaah-haji 4. Anon. 2024. Larangan kanak-kanak tunai haji: Jemaah Malaysia tidak terkesan – Mohd Na’im. BuletinTV3. https://www.buletintv3.my/nasional/larangan-kanak-kanak-bawah-12-tunai-haji- jemaah-malaysia-tidak-terkesan-mohd-naim/ 5. General Authority for Statistics. 2025. GASTAT: Total number of pilgrims performing Hajj 1446H (2025) reaches (1,673,230). https://www.stats.gov.sa/en/w/news/49

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=