E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 203 Cuma kali ini, Chatgpt menawarkan diri untuk melanjutkan carian dalam Muazakarah Haji Kebangsaan. Ia memaparkan keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 28 berkaitan dam bagi mereka yang tidak melontar ketiga-tiga jamrah. Chatgpt juga mengambil kesimpulan daripada beberapa sumber lain bahawa hanya mereka yang uzur sahaja boleh melakukan himpunan lontaran ini. Sedangkan keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 2023 mengharuskan lontaran ketiga-tiga jamrah dihimpunkan pada hari berikutnya. Meskipun telah diminta untuk melanjutkan pencarian keputusan Muzakarah, Chatgpt hanya membawakan keputusan Muzakarah kali ke 20 dan ke 28 yang hanya menjelaskan kewajipan dam bagi mereka yang meninggalkan lontaran dan keharusan mewakilkan lontaran jika uzur. Walaupun menawarkan pautan-pautan keputusan Muzakarah yang berkaitan melontar jamrah untuk dirujuk sendiri, ia mengakui tidak mendapati secara eksplisit jawapan bagi masalah yang ditanyakan. Bagi soalan ketiga : Apa hukum seorang jemaah wanita yang sedang melaksanakan ibadah haji, hanya berbaki tawaf dan saie sahaja untuk menyempurnakan ibadah haji sedangkan penerbangan pulang sudah dekat, maka Chatgpt menmberi respon : Soalan yang baik dan sering berlaku pada jemaah wanita. Saya jawab ikut susunan fiqh haji (mazhab Syafi‘i yang dipegang di Malaysia) dan pandangan Muzakarah Haji Kebangsaan. Keadaan asas - Jemaah wanita itu sudah selesai semua rukun lain haji (wukuf, mabit, melontar dsb.), Baki hanya tawaf dan sa‘ie untuk menyempurnakan haji. Isu: masa penerbangan pulang semakin hampir. Hukum fiqh - Tawaf Ifadah (Tawaf Rukun) Ini adalah rukun haji. Tanpa tawaf ifadah, haji tidak sah. Ia tidak boleh diganti dengan dam atau fidyah. Wajib dilakukan walaupun dalam keadaan haid — ulama Syafi‘i berfatwa wanita mesti tunggu suci, kerana tawaf tidak sah dalam haid. Sa‘ie juga rukun haji. Tidak sah haji tanpa sa‘ie. Tawaf Wada‘ (Tawaf Selamat Tinggal) Ini wajib haji, bukan rukun. Jika ditinggalkan, wajib dam (sembelihan kambing). Wanita yang haid dikecualikan daripada tawaf wada‘ - Muzakarah Haji Kebangsaan & Praktikal Tabung Haji. Muzakarah menegaskan bahawa tawaf ifadah dan sa‘ie tidak boleh diganti dengan dam — jemaah mesti melakukannya, walaupun penerbangan sudah hampir. Tabung Haji biasanya akan usaha melanjutkan jadual penerbangan atau memberi ruang khas di lapangan terbang untuk jemaah menyelesaikan tawaf dan sa‘ie terlebih dahulu sebelum berangkat. Jika benar- benar mustahil (contoh: terpaksa pulang tanpa sempat tawaf/sa‘ie), status hajinya tidak sempurna, dan jemaah masih dianggap dalam ihram sehingga diselesaikan. Ulama mengarahkan supaya jemaah kembali untuk menyempurnakan rukun tersebut, atau melantik wakil ulama di sana untuk membimbing cara menyelesaikan masalah (fatwa k ontemporari ada khilaf di sini, tetapi mazhab Syafi‘i tegas: haji tidak sah tanpa tawaf). Kesimpulan hukum : Tawaf ifadah & sa‘ie mesti dilakukan, tidak boleh ditinggalkan. Tawaf wada‘ boleh digugurkan untuk wanita haid, tetapi jika sihat dan meninggalkannya, wajib dam. Jika tidak sempat tawaf ifadah dan sa‘ie lalu pulang, haji belum sempurna dan tidak sah menurut mazhab Syafi‘i. Ringkasnya: Dia wajib lakukan tawaf ifadah dan sa‘ie sebelum pulang, walaupun penerbangan dekat. Jika tidak, hajinya tidak sah. Jelas bahawa Chatgpt dalam masalah ini tidak dapat memberikan jawapan sebagaimana keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 2018 dan 2023 yang menyentuh persoalan wanita dalam keadaan naqa’ boleh melakukan tawaf atau keputusan Muzakarah 2006 dan 2018 yang mengharuskan bertaklid kepada mazhab lain. PENUTUP Kajian mendapati bahawa penggunaan Chatgpt untuk rujukan hukum fiqh khususnya bagi masalah haji mendapati bahawa untuk perosalan yang ringkas dan mudah, ia masih reliable. Namun, Chatgpt tidak mampu untuk memahami permasalahan yang berlapis. Ia boleh mencari persamaan-persamaan bagi perkataan yang dimaksudkan dan merespon kepada maksud yang paling hamper dengan pertanyaan. Namun ia tidak samapai ke tahap dapat memahami persoalan secara kontekstual. Ia juga tidak dapat memberikan keputusan berdasarkan kepada maslahah-maslahah tertentu dan hanya bergantung kepada carian secara eksplisit dalam data-datanya. Ia juga tidak dapat memberikan jawapan yang komprehensif dan selari dengan keputusan Muzakarah walaupun telah diberi prompt yang jelas agar merujuk kepada keputusan Muzakarah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=