E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 20 Turki E-learning & Simulasi VR Modul pembelajaran maya, simulasi tawaf & sa’ie secara interaktif Tingkatkan literasi praktikal ibadah, pengalaman interaktif Memerlukan pelaburan tinggi dalam infrastruktur Maghribi Chatbot & Data Analytics Chatbot AI menjawab soalan fiqh & ziarah; analisis data tahap pemahaman Personalisasi bimbingan, pemantauan berasaskan data Kebergantungan pada teknologi & AI Malaysia PEKTA – Model Hybrid Inovatif Integrasi tarbiah rohani + LMS, chatbot ibadah, simulasi digital Seimbang: mendidik hati & akal, pengukuhan kompetensi lapangan Memerlukan pengurusan hibrid & latihan bersepadu Kesimpulan Sorotan Literatur Sorotan literatur menegaskan bahawa tarbiah Islam, pembelajaran dewasa (andragogi dan experiential learning), serta teknologi pendidikan mempunyai asas yang kukuh dalam pendidikan Islam kontemporari. Walau bagaimanapun, mereka masih belum digabungkan secara sistematik dalam konteks bimbingan haji yang responsif kepada keperluan demografik seperti warga emas dan transformasi digital terkini. Kajian ini bertujuan mengisi jurang tersebut dengan membangunkan PEKTA sebagai model bimbingan haji berfasa yang responsif, inklusif, dan lestari, sekaligus memberi sumbangan teori dan praktikal kepada wacana pendidikan ibadah. METODOLOGI Pengenalan Metodologi Metodologi merujuk kepada pelan sistematik yang digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul, menganalisis, dan mentafsir data. Dalam kajian ini, metodologi bukan sahaja menjelaskan bagaimana penyelidikan dilaksanakan, tetapi juga memberikan justifikasi mengapa kaedah tertentu dipilih. Pemilihan metodologi ini adalah penting kerana kajian bertujuan membangunkan PEKTA sebagai model khidmat elit tarbiyah haji, iaitu satu kerangka strategik dan latihan komprehensif yang memerlukan gabungan analisis konseptual, data empirikal, dan benchmarking antarabangsa. Kajian-kajian terdahulu dalam bidang pendidikan Islammenunjukkan bahawa pendekatan mixed methods sering digunakan untuk menilai keberkesanan program tarbiah, kerana ia menggabungkan kekuatan exploratory insights (kualitatif) dengan generalizable evidence (kuantitatif). Sebagai contoh, Ismail & Latif (2023) menggunakan temu bual kualitatif dan soal selidik kuantitatif untuk menilai modul experiential learning dalam latihan solat, manakala Ahmad & Hamid (2021) menggabungkan analisis literatur dengan data soal selidik bagi menilai kurikulum bimbingan haji. Oleh itu, metodologi campuran dipilih kerana terbukti sesuai untuk penyelidikan yang melibatkan dimensi rohani, pedagogi, dan teknologi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=