E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 176 BADAL HAJI TANPA TASRIH: KAJIAN TERHADAP KESAHIHAN SYARIAH, RISIKO UNDANG- UNDANG, DAN IMPLIKASI SOSIAL Mohd Amirul Hassan Ahmad Tajuddin MIMM Travel & Tours, Malaysia Emel : amirulhassan89@outlook.com , ABSTRAK Artikel ini membincangkan isu hukum penawaran khidmat badal haji oleh syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa permit atau tasrih haji rasmi di Arab Saudi, khususnya yang menggunakan individu luar seperti dari Indonesia untuk melaksanakan ibadah tersebut. Objektif kajian adalah untuk menilai kesahihan amalan ini daripada perspektif syariah serta menganalisis risiko undang-undang dan sosial yang timbul. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kualitatif melalui kajian kepustakaan melibatkan dalil al-Quran, al-Sunnah, pandangan fuqaha , dan fatwa kontemporari, di samping penelitian terhadap peraturan semasa yang diguna pakai oleh kerajaan Arab Saudi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan badal haji tanpa permit menghadapi kesukaran serius kerana kawalan ketat pihak berkuasa di Mekah dan Arafah, sehingga menimbulkan ketidakpastian ( gharar ) terhadap kesempurnaan ibadah. Keadaan ini membuka ruang kepada eksploitasi dan penipuan ( scam ), yang akhirnya merugikan masyarakat Islam dari aspek kewangan dan kesahan ibadah. Dari perspektif fiqh , perkhidmatan ini bercanggah dengan prinsip syariah kerana melibatkan unsur penipuan, penyalahgunaan amanah, dan pengabaian syarat sah ibadah. Implikasi kajian ini menunjukkan perlunya penetapan garis panduan yang lebih jelas oleh pihak berautoriti agama, penguatkuasaan ketat terhadap syarikat yang menawarkan perkhidmatan meragukan, serta penubuhan pangkalan data pembadal haji berdaftar bagi melindungi umat Islam daripada penipuan. Kesedaran masyarakat juga perlu dipertingkatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran badal haji yang tidak sah dan meragukan. Katakunci: Badal haji , tasrih haji, penipuan, fiqh kontemporari, undang-undang Saudi. PENDAHULUAN Latar Belakang Masalah: Fenomena Badal Haji Tanpa Tasrih Ibadah haji, sebagai rukun Islam kelima, adalah manifestasi tertinggi dari ketaatan seorang Muslim kepada Allah SWT. Ia adalah kewajipan seumur hidup bagi setiap individu yang memenuhi syarat kemampuan fizikal dan kewangan ( istita'ah ). Dalam keutamaan ini, Islam memberikan keringanan bagi mereka yang tidak dapat menunaikan ibadah haji secara peribadi kerana halangan yang kekal, seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau kematian. Untuk golongan ini, syariah membenarkan amalan badal haji atau haji ganti, di mana seseorang boleh melaksanakan ibadah haji bagi pihak mereka . 7 Namun, realiti ibadah haji moden, yang dikelola secara ketat melalui kuota negara dan peraturan yang kompleks oleh Kerajaan Arab Saudi, telah menimbulkan cabaran baharu. Walaupun sebelum ini terdapat kelonggaran 7 Fauziah Nuraini, D., Maulida, N., & Fauzi, N. (2025). Legal Protection In Indonesia Against Badal Hajj Fraud. Al- Mahkamah: Islamic Law Journal , 2 (2), 62 – 68. https://doi.org/10.61166/mahkamah.v2i2.23

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=