E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 100 inklusif terhadap kepelbagaian keperluan pelajar. Dalam sektor pertanian, penerapan algoritma forward chaining terbukti menyumbang secara signifikan kepada peningkatan produktiviti melalui diagnosis penyakit tanaman yang lebih konsisten, tepat dan berasaskan data. Kajian Haq et al. (2025) menunjukkan bahawa sistem diagnosis tanaman seperti bawang merah, jagung, pisang dan strawberi mencapai tahap ketepatan yang tinggi antara 84% hingga 100%, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam pertanian moden. Sebagai contoh, sistem diagnosis penyakit bawang merah mencatat ketepatan 93.3%, manakala bagi tanaman jagung dan pisang masing-masing merekodkan 84% dan 100% (Wangga & Neno, 2024). Dapatan ini menegaskan bahawa forward chaining berfungsi secara efektif dalam menghasilkan cadangan rawatan diagnostik yang konsisten melalui padanan simptom dengan pangkalan peraturan yang tersedia. Walau bagaimanapun, meskipun keberkesanan teknikal sistem ini telah dibuktikan, isu kebolehcapaian masih menjadi cabaran utama, khususnya dalam kalangan petani di kawasan pedalaman yang berdepan keterbatasan infrastruktur digital dan tahap literasi teknologi yang rendah. Hal ini menunjukkan bahawa nilai guna sesuatu sistem pakar bukan sahaja bergantung pada kekuatan algoritma, tetapi juga pada tahap aksesibiliti dan kesediaan pengguna untuk mengaplikasikannya. Justeru, pengintegrasian sistem forward chaining dalam pertanian wajar disokong dengan pembangunan aplikasi mudah alih yang mesra pengguna serta penyediaan modul latihan berstruktur, agar manfaat teknologi ini dapat diperluaskan secara lebih inklusif dan menyeluruh. Dalam bidang kesihatan maternal, Misgna et al. (2021) membangunkan Maternal Expert System (MatES) berasaskan pendekatan forward chaining yang berupaya memberikan saranan rawatan terhadap sepuluh jenis komplikasi utama kesihatan ibu. Sistem ini dibangunkan dengan antaramuka mesra pengguna dan boleh dicapai melalui pelayar web serta aplikasi telefon pintar, justeru menjadikannya suatu inovasi yang bersifat inklusif kepada pengguna di pelbagai lokasi. Keistimewaan MatES terserlah melalui keupayaannya mengaplikasikan set peraturan klinikal secara berturutan sehingga menghasilkan cadangan rawatan yang konsisten dan berasaskan evidens, sekali gus berperanan sebagai alat sokongan keputusan kepada petugas kesihatan di lapangan. Hal ini amat signifikan khususnya di kawasan pedalaman Ethiopia yang berhadapan dengan keterbatasan akses kepada doktor pakar, kerana MatES mampu mengisi jurang perkhidmatan tersebut dengan menyediakan panduan rawatan yang lebih sistematik. Kejayaan pembangunan MatES turut memperlihatkan potensi besar integrasi algoritma forward chaining dalam bidang kesihatan awam, bukan sahaja dalam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan maternal, bahkan juga dalam mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti ibu. Justeru, aplikasi teknologi pintar ini menegaskan peranan sistem pakar sebagai medium sokongan klinikal yang berkesan serta mampu memperkukuh daya tahan sistem kesihatan di negara membangun. Dalam konteks fiqh wanita, kajian Maulina et al. (2019) telah membangunkan sistem pakar berasaskan pendekatan forward chaining untuk menentukan status darah haid, nifas dan istihadhah. Kajian ini membuktikan bahawa sistem digital mampu membantu wanita membezakan kategori darah dengan lebih konsisten berbanding bimbingan manual, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna dalam melaksanakan ibadah. Penemuan ini turut disokong oleh kajian Uriawan et al. (2020) yang melaksanakan reka bentuk sistem pakar bagi pengesanan darah haid dan istihadhah menggunakan kaedah forward chaining . Hasil dapatan mereka menunjukkan sistem ini mampu memberikan diagnosis yang tepat dan cepat melalui antaramuka mesra pengguna, sekali gus memperkukuh keberkesanan penggunaan teknologi digital dalam menyelesaikan isu fiqh darah wanita. Tambahan pula, Putri et al. (2024) juga menegaskan keberkesanan aplikasi kaedah ini melalui kajian mereka yang menekankan bahawa sistem pakar berasaskan forward chaining dapat menyediakan panduan yang sistematik dan konsisten dalam membezakan kategori darah wanita. Hal ini memperlihatkan sokongan berterusan daripada pelbagai kajian bahawa integrasi forward chaining dalam bidang fiqh wanita adalah relevan, sahih dan berpotensi besar untuk diaplikasikan secara lebih meluas.Walau bagaimanapun, pembangunan sistem tersebut masih terhad kepada konteks tempatan di Indonesia dan belum diintegrasikan ke dalam platform ibadah berskala nasional seperti sistem pengurusan haji. Tambahan pula, semakan literatur menunjukkan bahawa sehingga kini belum terdapat sebarang kajian di Malaysia yang mengaplikasikan forward chaining secara khusus dalam bidang fiqh darah wanita. Keadaan ini memperlihatkan jurang penyelidikan yang jelas serta mengukuhkan justifikasi keperluan inovasi baharu bagi konteks Malaysia, khususnya melalui integrasi sistem ini ke dalam platform e-Taib Tabung Haji. Secara keseluruhannya, keberkesanan sistem pakar berasaskan forward chaining amat bergantung kepada tiga faktor utama: (i) kualiti pangkalan pengetahuan ( knowledge base ) yang lengkap dan sahih, (ii) reka bentuk antara
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=