OFFSTONE JUNE EDITION 2025

8 budaya komunikasi yang telus dan bertanggungjawab. Setiap individu juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap peranan komunikasi masing-masing. Sebagai contoh, seorang pegawai dalam sesebuah organisasi tidak boleh hanya menyerahkan semua urusan komunikasi kepada jabatannya semata-mata. Setiap individu perlu memahami bahawa mereka adalah duta kepada organisasi tersebut, terutamanya apabila berinteraksi bersama rakan sekerja mahupun di dalam platform awam. Tingkah laku yang ditunjukkan dan kenyataan yang diluahkan boleh memberi kesan kepada reputasi individu tersebut mahupun organisasi secara keseluruhan. Dalam hal ini, nilai-nilai Islam seperti hikmah (kebijaksanaan), amanah (kepercayaan), dan kejujuran sangat relevan bagi membimbing perilaku komunikasi yang profesional dan berintegriti. Seterusnya, dalam menghadapi krisis, individu perlu bertindak pantas dan bijak menangani salah faham atau isu yang timbul. Sikap tidak mengendahkan atau menafikan kesilapan boleh mengeruhkan keadaan. Individu yang proaktif akan segera berkomunikasi dengan pihak yang terlibat, memohon maaf sekiranya perlu, dan memberikan penjelasan dengan jelas. Melalui pelaksanaan strategi-strategi ini, organisasi dan individu akan lebih bersedia menghadapi cabaran komunikasi dan meminimumkan risiko kestabilan operasi dan reputasi mereka. Islam sangat menekankan prinsip komunikasi yang berlandaskan kejujuran (al-sidq), keterbukaan (amanah) dan hikmah dalam menyampaikan mesej. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-6 menyatakan: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti." Ayat ini menegaskan keperluan untuk menyemak kesahihan maklumat sebelum ia disebarkan. Dalam konteks organisasi, ia menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap komunikasi dalaman dan luaran, serta keperluan berhati-hati agar tidak menimbulkan fitnah atau salah faham. Tambahan pula, prinsip syura atau musyawarah dalam membuat keputusan organisasi menekankan komunikasi dua hala yang inklusif dan penuh hikmah. Pengurusan yang tidak mengamalkan komunikasi dua hala yang adil dan menyeluruh bertentangan dengan semangat syura yang digariskan dalam Islam. Seperti mana yang disebutkan di dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 159 “Dan bermusyawaralah dengan mereka dalam urusan itu.” Penutup Krisis komunikasi dalam era digital bukan sahaja merupakan ancaman kepada kelangsungan organisasi, tetapi juga mencabar nilai kepercayaan dan integriti dalam pengurusan maklumat dan komunikasi. Organisasi perlu lebih bersedia dengan membina sistem komunikasi yang cekap, beretika dan berlandaskan prinsip Islam. Dengan strategi bersepadu serta pemerkasaan nilai-nilai murni seperti amanah, kejujuran dan tanggungjawab, organisasi dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=