OFFSTONE JUNE EDITION 2025
7 boleh merebak secara meluas dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, memahami kesan krisis komunikasi dan membina strategi bersepadu yang disandarkan pada nilai Islam amat penting dalam memastikan kelestarian sesebuah organisasi. Kesan Negatif Komunikasi Tidak Berkesan Komunikasi dalaman dan luaran yang tidak berkesan boleh memberikan impak negatif secara langsung atau tidak langsung terhadap pekerja dan organisasi. Antara kesan utama termasuk gangguan terhadap reputasi organisasi, ketidakpuasan dalam kalangan pekerja atau pemegang taruh, kehilangan kepercayaan daripada pelanggan atau rakan sekerja, peningkatan konflik, serta pembaziran masa dan sumber. Komunikasi yang tidak jelas atau tidak konsisten sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pekerja, menyebabkan mereka berasa kurang yakin terhadap hala tuju organisasi. Lebih membimbangkan, kesilapan dalam komunikasi luaran boleh menyebabkan kehilangan pelanggan atau pemegang taruh yang mempunyai kepentingan pada organisasi. Kepercayaan yang terhakis sukar dipulihkan, sekaligus menjejaskan imej jangka panjang organisasi. Selain itu, komunikasi yang tidak jelas sering menyebabkan ketidaksefahaman dan konflik. Ketidakjelasan maklumat menyebabkan individu berasa tidak dihargai dan terpinggir, sekaligus menjejaskan motivasi dan kepuasan kerja mereka. Dari sudut pengurusan pula, komunikasi yang tidak efektif juga boleh menyebabkan individu sukar membuat keputusan. Indidivu yang tidak menerima maklumat yang tepat akan mengalami kesukaran membuat arahan yang jelas dan konsisten. Hal ini turut memberi kesan kepada operasi organisasi seperti kelewatan proses, kekurangan tenaga kerja, dan penyusutan hasil kerja. Reputasi organisasi turut terancam sekiranya berlaku kebocoran maklumat dalaman atau penyebaran maklumat tidak sahih melalui media sosial. Etika dan Nilai-Nilai Islam Dalam Pengurusan Krisis Komunikasi Dalam konteks sebuah organisasi Islam atau yang beroperasi dalam lingkungan nilai- nilai Islam, pemerkasaan prinsip dan nilai Islam dalam dasar komunikasi amat penting. Ini termasuklah memastikan bahawa setiap mesej yang disampaikan sentiasa berada dalam kerangka etika, berlandaskan tanggungjawab sosial, menepati prinsip kejujuran, amanah serta adil sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Pemilihan saluran komunikasi yang bersesuaian juga memainkan peranan penting dalam memastikan mesej diterima dengan tepat dan berkesan, bergantung kepada keperluan serta latar khalayak sasaran. Mengurus krisis komunikasi dalam era digital tidak hanya terletak pada bahu organisasi secara struktural, bahkan menuntut peranan aktif setiap individu yang terlibat dalam ekosistem komunikasi organisasi tersebut. Individu perlulah berusaha secara berterusan untuk mengesan potensi masalah, mengelakkan salah faham dan membina
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=