OFFSTONE JUNE EDITION 2025
39 dihubungi tidak kira di mana kita berada atau apa yang kita lakukan. Kebanyakan orang menyedari perkara ini dalam konteks pekerjaan dan kehidupan sosial, tetapi tidak ramai yang melihat bagaimana ia memberi kesan dalam hubungan ibu bapa dan anak. Ketika teknologi digital masuk ke dalam kehidupan harian keluarga, hubungan ibu bapa-anak telah berubah secara meluas. Hari ini, hubungan antara ibu bapa dan anak adalah salah satu perhubungan yang berterusan sepanjang masa. Technoference merujuk kepada gangguan yang disebabkan penggunaan teknologi dalam interaksi dan perhubungan seharian. Ia adalah gabungan perkataan teknologi ( technology ) dan gangguan ( interference ). Istilah ini sering digunakan untuk menerangkan bagaimana kehadiran dan penggunaan peranti digital, seperti telefon pintar, tablet dan komputer, boleh memberi kesan negatif kepada komunikasi bersemuka dan interaksi sosial. Apabila ibu bapa menggunakan skrin di sekeliling anak-anak mereka, ibu bapa kurang berinteraksi, peka dan responsif kepada anak-anak. Selain itu, anak-anak menunjukkan lebih banyak tingkah laku negatif, seperti merengek, marah, dan cemburu. Penggunaan peranti, terutamanya apabila berlebihan atau tidak dikendalikan dengan betul, berpotensi mengubah tingkah laku ibu bapa dan interaksi ibu bapa-anak. Kajian etnografi, pemerhatian dan di makmal dalam pelbagai konteks dan aktiviti telah menunjukkan bahawa ibu bapa yang menggunakan telefon pintar di sekeliling anak-anak mereka bertindak balas dengan kurang wajar, lebih negatif, dan kurang tepat pada masanya terhadap permintaan anak-anak mereka untuk mendapatkan perhatian, kurang terlibat dalam permainan dan perbualan bersama, serta penglibatan yang kurang berkualiti dan menunjukkan sensitiviti atau kemesraan yang lebih rendah. Kesan Negatif Penggunaan Peranti dan Technoference bagi Ibu Bapa dan Proses Keibubapaan Interaksi ibu bapa dan anak-anak yang responsif mempunyai peranan penting dalam perkembangan sosial, emosi dan kognitif anak. Walau bagaimanapun, technoference boleh memberi kesan negatif kepada interaksi ini. Antara kesan negatif technoference dalam interaksi ibu bapa – anak adalah: 1. Kurang masa yang berkualiti . Apabila ibu bapa sering terganggu oleh peranti mereka, kualiti masa yang dihabiskan bersama anak-anak mereka berkurangan. Ini boleh menyebabkan anak-anak berasa diabaikan atau kurang dihargai. 2. Mengurangkan hubungan emosi. Gangguan berterusan daripada teknologi boleh menghalang ikatan emosi. Anak-anak mungkin merasakan bahawa ibu bapa mereka lebih berminat dengan peranti daripada berinteraksi dengan mereka.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=