OFFSTONE JUNE EDITION 2025
38 PARENTAL TECHNOFERENCE DAN KESANNYA TERHADAP INTERAKSI IBU BAPA – ANAK Oleh: Dr. Siti Nubailah binti Mohd Yusof nubailah@usim.edu.my Penulis merupakan pensyarah kanan dari Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Bidang pengkhususan beliau adalah kaunseling keluarga, kanak-kanak dan remaja. Antara kursus yang diajar ialah kaunseling keluarga, keibubapaan dan pendidikan keluarga serta kaunseling perkembangan. A BSTRACT The proliferation of technology devices globally poses a possible risk to the quality of parent- child interaction, as well as to children's health and development, through “parental technoference”. The term “parental technoference” refers to the disruption of interactions between parents and children due to the parent's use of a technological device. This paper will focus on parental technoference and its effects on parent-child interactions. Pengenalan Penggunaan teknologi telah menjadi ciri dominan keibubapaan masakini. Teknologi baharu dan peranti mudah alih, seperti telefon bimbit, telefon pintar, komputer riba dan tablet, telah menjadi peralatan biasa di rumah kebanyakan keluarga di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi boleh digunakan dalam pelbagai cara yang positif (contohnya komunikasi, masa lapang yang dikongsi, pengurusan kehidupan). Dengan begitu banyak peranti teknologi dalam dan sekitar kehidupan keluarga, kesan negatif akan muncul bahkan lebih daripada penggunaan yang normal. Kajian di luar negara seperti di Amerika Syarikat mendapati, ibu bapa menghabiskan purata lima jam sehari menggunakan telefon. Kewujudan dan penggunaan teknologi kadangkala membawa kepada gangguan dalam interaksi keibubapaan dan hubungan ibu bapa-anak. Telefon pintar telah mencipta realiti sosial baharu di mana kita sentiasa boleh
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=