OFFSTONE JUNE EDITION 2025
36 mendidik anak-anak telah mula beralih arah kepada peranan lelaki untuk bersama-sama menjalankan tanggung jawab ini. Hal ini, bagi menjamin kebahagian mental dan emosi wanita sebagai isteri dan ibu seperti yang diperjuangkan oleh golongan feminis zaman ini. Evolusi peranan ini menunjukkan masyarakat secara umum telah mula bersifat terbuka dan menerima bahawa kaum lelaki yang bergelar bapa bukan sahaja bertanggung jawab memberikan nafkah semata-mata, tetapi harus memainkan peranan dalam menguruskan kerja rumah dan perihal yang berkaitan dengan penjagaan dan pendidikan anak-anak. Dalam masa yang sama, ramai juga yang berpandangan bahawa idea feminisme sudah meresap terlalu jauh dalam masyarakat zaman ini dalam membela hak-hak wanita. Media sosial seperti TikTok, Instagram, Twitter dan lain lain melalui pempengaruh kerap memperlihatkan gaya hidup yang memaparkan seorang suami yang terlibat secara aktif dalam melaksanakan tugas-tugas domestik rumah tangga. Tekanan ekonomi yang menyebabkan seorang isteri perlu keluar bekerja bagi mencukupkan keperluan asas mengukuhkan lagi isu peranan ini. Selain itu, tidak kurang juga kaum suami dan bapa muda berkongsi pengalaman keibubapaan mereka dalam media sosial masing-masing untuk menunjukkan kebangggan menjadi tulang belakang membantu wanita menguruskan rumah tangga. Kesannya, media berjaya mempromosikan naratif feminisme bahawa tanggung jawab domestik rumah tangga adalah perkara yang perlu dipikul secara bersama antara suami dan isteri. Hal ini tiada salahnya, malah Islam sangat menuntut sikap tolon- menolong antara pasangan dalam urusan mentaati Allah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma'idah, Ayat 2) Walau bagaimanapun, kita sama sekali tidak boleh memandang remeh tentang peranan dan hak suami isteri seperti yang telah digariskan oleh ajaran Islam. Masyarakat perlu sedar dan memahami perbezaan fungsi, peranan dan biologi wanita dan lelaki seperti mana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan ia bukanlah alasan untuk memandang rendah kedudukan wanita. Islam menjamin keadilan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira agama, gender dan bangsa. Penutup Kesimpulannya, isu peranan gender ini telah lama diperdebatkan sama ada melalui media massa dan dalam masyarakat sendiri terutama yang melibatkan hak dan tanggungjawab suami dan isteri dalam urusan rumah tangga. Ia dipengaruhi oleh gerakan feminisme pada 1980-an atas dasar untuk menuntut keadilan bagi kaum wanita malahan gerakan ini turut
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=