OFFSTONE JUNE EDITION 2025

35 Taraf dan Kedudukan Wanita dalam Islam Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam dianggap rendah dan hak mereka sering diabaikan. Wanita hanya dilihat berperanan sebagai hamba kepada lelaki dan tiada hak untuk bersuara dalam memastikan wanita layak mendapatkan hak yang saksama seperti lelaki. Malah, wujud tanggapan misoginis (kebencian tehadap wanita) begitu kuat sehingga ia menjadi norma yang mewarnai kehidupan manusia pada era jahiliyah. Namun selepas kedatangan Islam, bermulalah titik tolak penaiktarafan martabat wanita di sisi masyarakat dan agama yang mula membebaskan wanita daripada diskriminasi dan penindasan yang telah berlaku sekian lama. Perbincangan Islam tentang feminisme bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia intelektual Islam. Hal ini adalah kerana perjuangan feminisme turut aktif dalam masyarakat muslim dalam menyuarakan pandangan berkenaan hak-hak wanita seperti yang diperjuangkan oleh Fatimah Mernissi (1940-2015), Amina Wadud (l. 1952), Riffat Hassan (l. 1943) dan perjuangan mereka mula mendapat liputan dalam media massa hingga mengubah amalan sosialisasi melibatkan tanggung jawab dan peranan lelaki dalam aspek kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, banyak pendapat dan pemikiran feminis yang dibawa oleh mereka bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Hakikatnya, kedatangan Islam telah mengangkat status wanita ke darjat yang istimewa sehingga mereka mula dihormati sama seperti lelaki lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut adalah seorang isteri dan ibu. Malah, Islam merupakan agama pertama yang mengiktiraf hak asasi wanita dan memberi jaminan serta garis panduan mengenainya. Hak- hak tersebut dimaktubkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Antara hak asasi wanita yang digariskan oleh Islam ialah hak berpolitik, hak memilih pekerjaan dan hak menuntut ilmu pengetahuan. Namun, persamaan taraf dan hak antara keduanya bukanlah bermaksud persamaan dalam segenap aspek tetapi merujuk kepada keadilan yang bersesuaian dengan fitrah kejadian lelaki dan wanita. Media Sebagai Ejen Sosialisasi Gender Media hari ini memainkan peranan yang sangat signifikan dalam mensosialisasikan nilai-nilai feminis dalam kehidupan masyarakat termasuk hal-hal rumah tangga. Dalam sebuah kajian di Amerika Syarikat, 66 peratus pasangan yang berkahwin melaporkan bahawa telefon pintar dan laman media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan rumah tangga mereka. Oleh yang demikian, ideologi feminism melalui peranan rangkaian media telah berjaya menimbulkan pelbagai impak dalam mengubah persepsi dan tingkah laku masyarakat termasuk peranan bapa dalam rumah tangga.Ia menjadikan pembahagian peranan dan tanggung jawab dalam keluarga lebih inklusif dan adil agar ia tidak tertumpu kepada satu gender sahaja. Stigma masyarakat terhadap wanita perlu menggalas sepenuhnya pengurusan rumah tangga seperti memasak, mencuci baju, menjaga dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=