OFFSTONE JUNE EDITION 2025

34 perbezaan gender bagi mendapatkan hak dan peluang yang sama seperti lelaki. Secara tidak langsung, feminisme telah mencabar norma dan amalan tradisional mengenai peranan gender termasuk peranan bapa dalam rumah tangga. Melalui media massa, wanita telah diberi peluang untuk bersuara dan berkongsi pandangan kepada masyarakat di dalam dan luar negara melibatkan pelbagai isu yang dibangkitkan melibatkan peranan dan hak wanita. Dengan kewujudan pelbagai jaringan media sosial sebagai ejen media baharu, ia menjadikan gerakan aliran feminisme semakin rancak berkembang sehingga mampu merubah sudut pandang individu dan masyarakat terhadap peranan lelaki dalam kehidupan rumah tangga yang melibatkan aspek representasi, tanggung jawab dan persepsi masyarakat. Ideologi Feminisme Barat dan Kesamarataan Gender Definisi gender berbeza dengan jantina. Jantina adalah faktor biologi manakala gender adalah perbezaan tingkah laku hasil daripada binaan sosial dan sifatnya relatif iaitu tidak mutlak. Gender berkait rapat dengan pembahagian peranan dan kedudukan antara lelaki dengan wanita dalam sesebuah masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi dan budaya sesebuah masyarakat. Secara asasnya, gender dilihat sebagai perbezaan yang berlaku antara lelaki dan wanita dengan merujuk kepada biologi dan sosiologi yang menjadi diskriminasi dalam golongan wanita. Isu gender ini mula dicetuskan oleh golongan feminisme di Amerika Syarikat pada 1980-an untuk menuntut keadilan dan mendapatkan kembali hak- hak mereka yang telah dinafikan oleh pemerintah mahupun adat masyarakat pada ketika itu. Golongan wanita pada ketika itu dikatakan melakukan semua kerja domestik seperti kerja rumah, kerja sukarela dan kerja yang bergaji. Malahan, mereka menghabiskan banyak masa untuk bekerja berbanding golongan lelaki. Misalnya, seorang wanita menghabiskan masa selama 43.8 jam seminggu untuk menjaga seorang anak. Bayangkani sekiranya wanita tersebut mempunyai lebih daripada seorang anak. Oleh itu, tanggung jawab wanita di rumah sepatutnya dibayar gaji untuk khidmat yang diberikan dalam menguruskan rumah tangga. Oleh yang demikian, ramai wanita mula tidak berpuas hati terhadap jumlah dan waktu kerja rumah yang dilakukan berbanding dengan suami mereka. Dalam situasi ini, golongan wanita menuntut supaya kerja rumah hendaklah dikongsi bersama antara suami dan isteri supaya lebih adil dan saksama sebagai ahli rumah tangga. Tambahan lagi wanita yang turut bekerja di luar atau pun suri rumah sepenuh masa. Gerakan ini mendakwa bahawa hak dan tanggung jawab lelaki dan wanita dalam konteks rumah tangga perlu dikongsi sama rata dan adil secara mutlak untuk memastikan wanita tidak terbeban, ditindas dan dipergunakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=