OFFSTONE JUNE EDITION 2025

33 IDEOLOGI FEMINIS DALAM MEDIA MASSA MERUBAH PERANAN BAPA DALAM RUMAHTANGGA Oleh: Dr. Amani binti Nawi & Dr. Umi Hamidon Mohd Soffian Lee amani@usim.edu.my Penulis pertama merupakan pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRACT Feminism is a pivotal ideology in modern culture. The mass media has facilitated the progression of feminism across multiple waves. It has utilised media as a mechanism for social transformation, producing alternative representations of women and contesting conventional gender standards. Feminism highlights the complexity of gender roles and power hierarchies within the institution of marriage. These discussions prompt couples to reassess their relationships, fostering equity and mutual responsibilities. Through the promotion of open communication, feminism may develop partnerships that empower individuals, hence resulting in better and more equitable family dynamics . Pengenalan Ideologi feminis memberi impak yang besar terhadap pelbagai aspek kehidupan sosial termasuk institusi keluarga. Feminisme merujuk kepada satu alternatif untuk memahami dunia dari sudut pandangan seorang wanita. Ideologi feminism bertujuan untuk mengubah ketidakseimbangan gender yang berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan yang umumnya lebih mengutamakan kaum lelaki ( patriarchal society ). Ideologi feminisme yang diperkenalkan oleh Barat tercetus akibat daripada amalan sistem patriarki yang meletakkan lelaki sebagai individu paling berkuasa hingga menyebabkan wanita berada di kelas kedua. Wujud perasaan tidak berpuas hati terhadap ketidakadilan gender dalam sistem sosial masyarakat mengakibatkan gerakan ini tampil dengan idea bahawa wanita harus mendapat hak setaraf, adil dan sama rata seperti lelaki dalam semua aspek. Justeru, pelbagai usaha dilakukan oleh golongan feminisme dalam usaha merapatkan jurang yang melibatkan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=