OFFSTONE JUNE EDITION 2025

31 Berfikiran kritis dalam menilai maklumat yang diterima penting bagi mengatasi krisis komunikasi. Pendidikan literasi digital yang komprehensif dapat membantu mahasiswa mengenal pasti sumber maklumat yang sahih dan mengelakkan penyebaran maklumat palsu. Institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting dengan menyediakan modul latihan yang fokus kepada pengurusan krisis komunikasi dalam era digital. Integrasi Nilai Islam dalam Literasi Digital Mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam literasi digital adalah sangat penting untuk membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga berakhlak mulia. Kajian menunjukkan bahawa literasi digital yang berteraskan nilai Islam mampu membentuk generasi yang cakap teknologi dan berkarakter. Nilai-nilai seperti kejujuran, amanah dan adab perlu diterapkan dalam setiap aspek penggunaan teknologi digital, termasuk dalam penciptaan dan penyebaran kandungan. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran misalnya, telah terbukti dapat membentuk nilai moral dan etika yang positif dalam kalangan pelajar. Namun, penggunaan teknologi tersebut perlu diselaraskan dengan prinsip etika yang tinggi agar tidak menjejaskan integriti ajaran Islam. Para pendakwah perlu mematuhi garis panduan etika dan sentiasa memastikan kandungan yang disampaikan adalah tepat, tidak provokatif dan tidak melanggar prinsip syariah dalam konteks dakwah digital. Pendidikan dan latihan mengenai etika dakwah digital perlu diberikan kepada mahasiswa agar mereka dapat menjadi agen penyebaran ajaran Islam yang berkesan dan berintegriti. Peranan Institusi Pendidikan Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkasakan literasi digital dalam kalangan mahasiswa. Program latihan, bengkel dan modul khusus perlu disediakan untuk memastikan mahasiswa lebih bersedia menghadapi cabaran era digital. Kurikulum literasi digital juga perlu diintegrasikan dengan nilai-nilai Islam bagi membentuk mahasiswa yang seimbang dari segi intelek, emosi, dan spiritual. Penutup Literasi digital adalah kemahiran asas yang sangat penting bagi mahasiswa dalam era digital. Walaupun terdapat cabaran seperti penyebaran maklumat palsu, kebergantungan kepada teknologi dan kurangnya pemahaman kritis, terdapat juga peluang besar untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya melalui penguasaan literasi digital. Integrasi nilai dan etika Islam dalam pendidikan literasi digital adalah kunci untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mahir teknologi, tetapi juga berakhlak mulia dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=