OFFSTONE JUNE EDITION 2025

29 MAHASISWA & LITERASI DIGITAL: ANTARA CABARAN DAN PELUANG Oleh: Saidatul Khatijah Ismail & Rahmahtunnisah Sailin saidatulkhatijah@uis.edu.my Penulis pertama merupakan calon sarjana dalam bidang Komunikasi, Universiti Islam Selangor. Beliau mengkhusus kepada Literasi Media Digital dalam penyelidikan yang sedang dijalankan. ABSTRACT The digital era has significantly changed the ways people communicate, learn, and interact. University students now face various challenges and opportunities in mastering digital literacy. Issues such as the spread of false information, excessive dependence on technology, and a lack of critical understanding have created a serious communication crisis. This article discusses the challenges and opportunities of digital literacy among university students and emphasizes the importance of digital literacy education grounded in Islamic values and ethics to shape a generation of character and integrity. Pengenalan Literasi digital merujuk kepada kemampuan individu untuk menggunakan teknologi digital secara efektif, memahami kandungan dalam talian dan berkomunikasi secara bertanggungjawab. Bagi mahasiswa, literasi digital bukan sekadar kemahiran teknikal, tetapi turut melibatkan pemikiran kritis, etika dan nilai moral dalam penggunaan media digital. Literasi digital perlu diselaraskan dengan prinsip maqasid syariah yang menekankan penjagaan agama, akal, nyawa, keturunan dan harta dalam konteks Islam. Oleh itu, mahasiswa perlu mengintegrasikan nilai-nilai Islam seperti kejujuran, amanah dan adab dalam setiap interaksi digital.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=