OFFSTONE JUNE EDITION 2025

27 Pengaruh Imej dan Reputasi Universiti Media Sosial Kajian turut mendapati bahawa faktor niat tingkah laku, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku mempunyai hubungan sederhana dengan pemilihan universiti. Ini menunjukkan bahawa walaupun media sosial berperanan penting dalam menarik minat pelajar, keputusan akhir tetap dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan sosial. Selain itu, kajian lain turut menunjukkan bahawa ulasan pengguna dan testimoni pelajar sedia ada lebih berpengaruh berbanding kandungan promosi rasmi universiti. Jika media sosial dipenuhi dengan komen negatif mengenai kualiti pengajaran atau kemudahan kampus, ia boleh memberi kesan terhadap keputusan pelajar untuk mendaftar. Cabaran Penyesuaian Pelajar Akibat Harapan Yang Dibentuk Oleh Media Sosial Jurang antara jangkaan dan realiti sering menjadi cabaran utama pelajar baharu. Kajian turut mendapati bahawa 85.3% pelajar menggunakan media sosial beberapa kali sehari, dengan sebahagian besar daripada mereka bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat tentang IPT. Namun, apabila realiti kampus tidak menepati jangkaan yang dibentuk oleh media sosial, pelajar mungkin mengalami tekanan dan kekecewaan. Kajian juga menunjukkan bahawa generasi muda lebih bergantung kepada media sosial berbanding sokongan keluarga dalam membuat keputusan pendidikan. Ini bermakna, jika kandungan promosi IPT terlalu idealistik, pelajar mungkin kurang bersedia menghadapi cabaran sebenar kehidupan di universiti. Elemen Islamik dalam Strategi Komunikasi IPT Institusi berteraskan Islam seperti Universiti Islam Selangor harus lebih berhati-hati dalam merancang kandungan promosi mereka. Media sosial perlu menjadi medan dakwah halus yang mempamerkan adab, nilai ukhuwah, dan ilmu yang berkat. Islam menekankan kejujuran dalam komunikasi, “Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan..." (Al-Baqarah: 42). Justeru, promosi mestilah bersifat telus dan mencerminkan realiti sebenar agar pelajar dapat membuat pilihan yang jujur dan bijak. Penutup Walaupun media sosial memainkan peranan penting dalam menarik pelajar ke universiti, kandungan yang dipaparkan perlu menggambarkan realiti sebenar. Universiti disarankan untuk menggunakan pendekatan yang lebih seimbang dengan memaparkan maklumat yang telus dan realistik bagi membantu pelajar membuat keputusan yang lebih tepat. Dengan pendekatan ini, IPT bukan sahaja mampu menarik pelajar baharu, malah membentuk komuniti kampus yang lebih bersedia dan harmoni.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=