OFFSTONE JUNE EDITION 2025
26 KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI Oleh: Nur Hafizah binti Hadi & Rahmhtunnisah binti Sailin 25MT14001P@postgrad.uis.edu.my Penulis merupakan pelajar Sarjana Komunikasi di Universiti Islam Selangor (UIS). Penyelidikannya memberi tumpuan kepada amalan komunikasi strategik dalam menyokong pelajar OKU di IPT. ABSTRACT Social media plays a crucial role in shaping students’ university choices. Promotional content influences their perceptions and expectations. However, when the campus reality does not match the online portrayal, students may experience disappointment, making it harder for them to adapt and stay motivated throughout their academic journey. Pengenalan Dalam era digital, media sosial menjadi alat penting dalam pemasaran universiti. Kajian menunjukkan bahawa platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok memainkan peranan utama dalam membina imej universiti. Keberuntungan pelajar kepada media sosial sebagai sumber maklumat menjadikannya medium utama dalam proses pemilihan universiti. Walau bagaimanapun, promosi yang terlalu idealistik boleh mewujudkan jangkaan yang tidak realistik dalam kalangan pelajar baharu. Oleh itu, amat penting bagi pihak universiti, terutama yang berteraskan nilai Islam, untuk memastikan strategi komunikasi digital yang digunakan bersifat telus, beretika dan mampu membimbing pelajar membuat keputusan secara bijak dan realistik.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=