OFFSTONE JUNE EDITION 2025
24 kepada interaksi sosial dalam dunia fizikal. Definisi ini menggambarkan detoks digital sebagai satu bentuk pantang sementara daripada peranti elektronik untuk menyucikan diri, serupa dengan konsep berpuasa. Detoks sosial jugai boleh dikaitkan dengan konsep berpuasa dengan detox media sosial, iaitu mengurangkan atau menghentikan penggunaan media sosial dalam tempoh tertentu bagi mengawal kesan negatif terhadap kesihatan mental. Konsep detoks digital juga selari dengan amalan tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa) dalam Islam, yang menekankan perlunya menjauhi perkara yang melalaikan hati dan akal. Amalan seperti berpuasa bukan sahaja melatih fizikal, malah mengawal nafsu, termasuk nafsu terhadap hiburan digital berlebihan. Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menegaskan bahawa hati yang bersih hanya akan lahir apabila seseorang menjauhkan diri daripada perkara yang melalaikan. Selain itu, interaksi sosial secara bersemuka dapat membantu mengurangkan pergantungan terhadap interaksi maya dan memperkayakan pengalaman hidup. Aktiviti fizikal seperti berbasikal dan mendaki juga boleh menjadi alternatif bagi mengalihkan perhatian daripada media sosial. Penutup Ketagihan media sosial yang berpunca daripada pelepasan dopamin dan fenomena FOMO memberi impak negatif terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan sosial. Individu yang terlalu bergantung kepada interaksi digital cenderung mengalami kebimbangan, kemurungan, serta gangguan tidur yang boleh menjejaskan produktiviti dan kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, kesedaran serta kawalan kendiri terhadap penggunaan media sosial amat penting untuk mengelakkan ketagihan yang berpanjangan. Justeru itu, penyelesaian kepada ketagihan media sosial bukan sahaja memerlukan pendekatan psikologi, malah juga pendekatan kerohanian. Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa bermuhasabah, mengawal hawa nafsu, dan mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. BIBLIOGRAFI Al-Qur'an. Al-Ghazali. (n.d.). Ihya Ulumuddin [The Revival of Religious Sciences]. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Khoiriyah, Z. A., & Tarsidi, D. Z. (2022). Social media detox: An effort to fight social media addiction and the fear of missing out (FOMO). ICHELSS Conference Proceedings, 2(1), 711– 720.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=