OFFSTONE JUNE EDITION 2025

23 Peranan Dopamin dan Fenomena Fear of Missing Out (FOMO) dalam Ketagihan Media Sosial. Dopamin ialah neurotransmitter yang berperanan dalam mekanisme ganjaran otak, memberikan rasa keseronokan dan motivasi. Notifikasi digital mencetuskan pelepasan dopamin, menyebabkan kepuasan segera yang boleh membawa kepada ketagihan. Menurut Dr. Anna Lembke dari Universiti Stanford dalam bukunya yang berjudul Dopamine Nation: Finding Balance in the Age of Indulgence terbitan tahun 2021 , telefon pintar menjadikan pengguna “penagih dopamin” kerana interaksi digital mengukuhkan pergantungan terhadap media sosial. Fenomena Fear of Missing Out (FOMO) mendorong ketagihan media sosial kerana kebimbangan tertinggal maklumat atau peluang penting. Konsep FOMO yang diperkenalkan oleh Dr. Dan Herman, menyebabkan individu kerap memeriksa notifikasi agar tidak ketinggalan dalam perbualan sosial atau trend semasa. Keterikatan ini menguatkan kebergantungan pada dunia maya, dan bersama pelepasan dopamin yang berterusan, ia dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan mental. Kesan dan Penyelesaian Ketagihan Media Sosial Kajian lain pula menunjukkan bahawa penggunaan media sosial yang berlebihan dikaitkan dengan kualiti tidur yang rendah, kebimbangan, kemurungan, dan harga diri yang rendah dalam kalangan remaja. Beberapa kajian dijalankan sebelum ini mengaitkan penggunaan media sosial dengan perasaan cemas dan kemurungan. Walaupun Malaysia tidak mempunyai angka tepat berhubung masalah kesihatan mental dalam penggunaan media sosial, berdasarkan data terkini daripada kajian Kementerian Kesihatan pada 2015, pakar percaya bahawa jumlah penghidap masalah kesihatan mental meningkat seiring dengan peningkatan penggunaan media sosial. Seterusnya, pada 2022, We Are Social and Hootsuite, sebuah firma pemasaran yang memantau trend digital mendapati Malaysia adalah negara keenam di dunia yang merekodkan penggunaan Internet tertinggi, iaitu selama sembilan jam empat minit serta statistik yang diperoleh sebelum ini melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati 5.6 juta remaja di negara ini berdepan masalah kemurungan dan separuh daripadanya berpunca daripada kemajuan digitalisasi pada masa kini. Ketagihan media sosial jika dibiarkan tanpa strategi yang bersesuaian, boleh membentuk satu krisis komunikasi yang besar dalam kalangan masyarakat. Bagi menanganinya, beberapa strategi boleh diambil termasuk detoks digital. Detoks digital adalah satu tempoh masa bagi seseorang menghindari penggunaan peranti elektronik seperti telefon pintar, yang dianggap sebagai peluang untuk mengurangkan tekanan atau memberi tumpuan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=