OFFSTONE JUNE EDITION 2025

22 DOPAMIN DAN FOMO: PERANGKAP DIGITAL KETAGIHAN MEDIA SOSIAL Oleh: Fazirawatie Sarudin & Rahmahtunnisah Sailin 25MT14003P@postgrad.uis.edu.my Penulis pertama merupakan calon Sarjana Komunikasi di Universiti Islam Selangor. Beliau mengkhusus kepada Media Sosial dalam penyelidikan yang sedang dijalankan. ABSTRACT Social media addiction, particularly among teenagers and young adults, is fueled by dopamine release and the Fear of Missing Out (FOMO), leading to excessive use. This addiction adversely impacts mental health, contributing to anxiety, depression, and reduced life satisfaction. Social media detox and encouraging face-to-face interactions are essential to address these negative consequences. Pengenalan Penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok dalam era digital kini semakin meningkat, menyebabkan ketagihan yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan individu. Menurut kajian yang dijalankan, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada ketagihan ini adalah peranan neurotransmitter dopamin, yang dikaitkan dengan sistem ganjaran otak, serta fenomena Fear of Missing Out (FOMO), yang mendorong individu untuk sentiasa memantau kemas kini dalam talian. Dalam Islam, keseimbangan rohani dan akal sangat ditekankan. Ketagihan terhadap media sosial boleh mengganggu tumpuan terhadap ibadah, menjejaskan hubungan sosial dan akhirnya membawa kepada lalai (ghaflah). Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Qur'an, 59:19). Ayat ini menjadi peringatan bahawa keasyikan terhadap dunia digital boleh melalaikan manusia daripada tanggungjawab spiritual dan sosial.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=