OFFSTONE JUNE EDITION 2025
20 yang lainnya pula adalah kata putus si ayah yang akhirnya memaksa anak untuk pulang berbakti kepada keluarga. Kaedah bicara dari perspektif strategik ini adalah didasari oleh nilai-nilai yang menyokong dan menghidupkan proses pemilihan CEO dalam perniagaan keluarga Melayu. Pemilihan CEO Bersarat Nilai dan Perspektif Islam Nilai-nilai ini merangkumi kebolehpercayaan, tanggung jawab, semangat, keazaman, ketabahan, komitmen, kasih sayang, penjagaan, kesabaran, perlindungan keturunan, kesyukuran dan kerjasama. Dalam semua kes yang dikaji, nilai-nilai ini telah lama disemai oleh pengasas syarikat dan terus hidup melalui interaksi harian bersama ahli keluarga. Nilai tersebut dipupuk melalui tiga dimensi utama: struktur (peranan jelas antara ahli keluarga dalam perniagaan), kognitif (kesedaran dan kefahaman bersama terhadap nilai keluarga), dan perhubungan (ikatan emosi yang erat dalam keluarga). Nilai-nilai ini juga selari dengan ajaran Islam yang menekankan kepentingan menunaikan amanah serta melantik individu yang layak dan adil dalam memikul tanggungjawab kepimpinan. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 58: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” Ayat ini menegaskan bahawa pelantikan dalam kepimpinan, termasuk dalam perniagaan keluarga, hendaklah berpandukan prinsip keadilan, kelayakan dan kepercayaan yang ditentukan secara telus dan berhemah. Dalam semua kes, keputusan dibuat dengan mempertimbangkan bukan hanya kelayakan semasa pewaris, tetapi juga potensi jangka panjang dan kesinambungan nilai keluarga. Keputusan ini bersifat proaktif dan strategik, dan dibuat dengan tujuan menjaga kesinambungan legasi syarikat. Penutup Pemilihan CEO dalam perniagaan keluarga adalah proses pemindahan nilai, visi, dan tanggungjawab yang telah dibina sejak awal, menyerlahkan bicara keluarga sebagai perkara utama. Komunikasi strategik dalam keluarga yang berlaku secara terancang, jujur dan melibatkan pihak berkepentingan, membolehkan proses pemilihan berlaku tanpa konflik dan penuh rasa hormat. Perniagaan keluarga yang berjaya bukan sahaja yang dapat mencatat keuntungan, tetapi mampu membina kesinambungan yang harmoni dan bertahan pada generasi seterusnya. Kesinambungan ini bermula dengan satu perkara yang mudah tetapi sangat berkuasa iaitu bicara keluarga yang terancang, berarah dan bermatlamat .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=