OFFSTONE JUNE EDITION 2025
19 demi masa depan anak-anak menjadi tunjang kepada segala usaha, dan tersemat kukuh dalam visi jangka panjang keluarga. Perniagaan yang dibangunkan bukan sekadar menjadi sumber pendapatan, tetapi dibentuk khusus sebagai legasi, iaitu harta bukan material yang membawa makna, harapan, dan kesinambungan dalam kehidupan kekeluargaan. Pemilihan pewaris atau CEO dalam konteks ini bukan dibuat secara tergesa-gesa atau kerana desakan usia. Ia tidak menunggu saat kesihatan merosot atau waktu bersara tiba. Sebaliknya, ia telah terbina secara perlahan; melalui pengamatan, kepercayaan, dan komunikasi dalam lingkungan keluarga. Proses ini, meskipun tidak sentiasa formal, sarat dengan nilai-nilai amanah, tanggungjawab, dan kasih sayang bagi yang hendak mewariskan dan pewaris. Inilah ciri khusus pemilihan pewaris kepemimpinan dalam perniagaan keluarga Melayu. Ia bukan hanya persoalan siapakah yang paling layak dari segi kemahiran atau pengalaman, tetapi siapa yang paling menjiwai semangat berniaga yang telah ditanam sejak awal. Perniagaan keluarga bukan sekadar sebuah perniagaan, tetapi sebuah warisan keluarga yang dibina dengan cinta dan niat yang murni. Artikel ini mengupas komunikasi keluarga dalam empat buah perniagaan keluarga Melayu yang telah berjaya menjalani proses peralihan kuasa daripada generasi pengasas kepada pewaris dalam kalangan anak-anak. Di sebalik kejayaan ini, terdapat corak komunikasi yang seragam dan signifikan. Kaedah Komunikasi dalam Pemilihan CEO: Dapatan daripada Empat Kes Pertama, komunikasi strategik antara ahli keluarga berlaku secara langsung dan tidak formal, selalunya dalam suasana yang tenang dan peribadi, samada di meja makan, dalam perjalanan menaiki kereta, di rumah, ketika berbual santai di kedai kopi, atau semasa dalam perjalanan kerja bersama. Walaupun komunikasi ini bersifat spontan, ia penuh makna dan menjadi medan penting untuk menyampaikan harapan serta membentuk kesepakatan. Platform komunikasi seperti WhatsApp turut digunakan sebagai pelengkap bagi menyusun pertemuan atau mengesahkan keputusan yang telah dibincangkan secara bersemuka. Kedua, perbincangan awal berkenaan dengan pewarisan biasanya bermula antara pasangan suami dan isteri pengasas. Mereka menilai potensi dan minat anak-anak secara diam-diam, berdasarkan penglibatan harian anak dalam perniagaan. Hanya setelah pasangan mencapai kata sepakat, barulah anak-anak dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. Ketiga, pemilihan pewaris tidak bergantung kepada susunan kelahiran semata-mata, ada yang anak sulung, ada yang bukan, tetapi berdasarkan kesesuaian, penglibatan awal, dan komitmen terhadap perniagaan. Keputusan itu dianggap munasabah dan diterima baik oleh semua anak-anak kerana dilihat sejajar dengan keperluan perniagaan dan nilai keluarga yang telah dipupuk bersama. Keempat, keputusan peralihan diumumkan samada secara formal ataupun tidak formal; ada yang berlaku sehari sebelum majlis perkahwinan si anak, manakala
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=