OFFSTONE JUNE EDITION 2025
18 BICARA WARISAN: KOMUNIKASI KELUARGA DALAM PEMILIHAN CEO PERNIAGAAN KELUARGA MELAYU Oleh: Dr. Nadiah Mahmad Nasir, Profesor Dr. Khairul Akmaliah Adham, Dr. Nur Qamarina Sharom & Dr. Anita Ismail nadiahnasir@unimap.edu.my Dr. Nadiah Mahmad Nasir sebagai penulis utama, merupakan pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Beliau adalah graduan Doktor Falsafah (Ph.D) Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, dengan pengkhususan dalam kajian perniagaan keluarga dan pengurusan strategik. Beliau kini aktif dalam penyelidikan bidang keusahawanan dan pengurusan halal. ABSTRAK This article explores family communication in selecting CEOs in Malay family businesses. Based on four successful case studies, it highlights the role of strategic, value-based communication shaped by trust, responsibility, and legacy. It also emphasizes Islamic values in leadership selection, guided by justice, suitability, and the principle of amanah (trust). Pengenalan: Perniagaan sebagai Warisan Keluarga “Kita mulakan perniagaan ini untuk anak-anak. Biar mereka ada sesuatu yang boleh disambung, dibina, dan dimanfaatkan bila kita tiada nanti”. Itulah antara kata-kata yang sering diulang oleh si ayah kepada isterinya sejak perniagaan keluarga itu ditubuhkan. Bicara ini menjadi prinsip yang membimbing setiap langkah perniagaan yang diasaskan dengan penuh pengorbanan. Bagi keluarga-keluarga Melayu yang dikaji, niat untuk membina perniagaan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=