OFFSTONE JUNE EDITION 2025

16 penyampaiannya bagi mengangkat martabat bahasa ini ke sisinya, dengan menyebut kata- kata Allah ini akan diberi ganjaran pahala. Maka, kita dapati hubungan antara bahasa Arab dan al-Quran sangat rapat. Hubungan ini menjadikan bahasa Arab bukan sekadar bahasa komunikasi, tetapi juga bahasa ilmu dan agama. Dengan demikian, Bahasa Arab dikenali sebagai Bahasa Wahyu. Allah SWT memilih Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran kerana keunikan dan keluasannya. Bahasa Arab mampu menyampaikan makna yang mendalam dengan struktur yang ringkas dan padat. Bahasa Arab telah dipilih secara khusus sebagai Bahasa alQuran untuk memudahkan pemahaman manusia. Peranan bahasa Arab sebagai bahasa Ibadah masyarakat muslim di samping bahasa komunikasi penyampaian ayat-ayat al-Quran, digunakan dalam ibadah harian seperti solat, doa, dan zikir. Masyarakat muslim di dunia wajib melaksanakan solat dengan membaca al- Fatihah, surah-surah, dan lafaz takbir dalam bahasa Arab, ini menunjukkan kepentingan Bahasa Arab dalam kehidupan muslim dan melaksanakan ibadah agama islam. Selain itu, Bahasa Arab juga merupakan bahasa rujukan pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam. Majoriti kitab turath seperti karya-karya ulung Imam al-Ghazali, Ibn Kathir, Imam Syafi’e dan Imam Nawawi ditulis dan dihuraikan dalam bahasa Arab. Maka, penguasaan bahasa Arab adalah sangat penting dan menjadi keutamaan untuk akses kepada khazanah ilmu-ilmu yang terdapat dalam kitab turath ini. Maka, kunci untuk Khazanah ilmu Islam ini ialah Bahasa Arab. Implikasi Tidak Mempelajari Bahasa Arab Bahasa Arab adalah bahasa turath Islam, bahasa ilmu, dan bahasa ibadah. Mempelajari Bahasa Arab menjadi wajib ke atas masyarakat muslim. Bahasa yang menjadi kunci Khazanah ilmu-ilmu islam dan al-Quran. Sekiranya al-Quran menjadi panduan dan pegangan utama Masyarakat Islam, nescaya banyak perihal kehidupan dapat diselesaikan dengan aman, harmoni dan berkesan. Terdapat beberapa implikasi terhadap ibadah, memahami al-Quran, dan mengkaji kitab turath dan ilmu agama sekiranya bahasa Arab diabaikan. Seorang muslim itu berisiko salah tafsir atau tidak memahami maksud sebenar ayat-ayat suci al-Quran, dan boleh membawa kepada kesalahan dalam ibadah dan keimanan jika tidak memahami dan menghayati Intisari teks al-Quran dengan baik. Selain itu, ketidakmampuan memahami dan menguasai bahasa ini boleh mengurangkan kekhusyukan dan ketepatan dalam ibadah. Juga, tidak mampu memahami dan menggali ilmu dalam kitab-kitab turath yang ditulis dalam bahasa Arab klasik yang kompleks. Apabila tiada pengetahuan bahasa Arab maka akan terbatas untuk membaca, memahami, dan mengkaji khazanah ilmu agama dan budaya Islam tradisional dan klasik serta menyebabkan masyarakat Muslim akan terputus daripada ilmu-ilmu pengetahuan seperti tafsir, hadis, dan sejarah yang sangat penting dalam memperkukuhkan keimanan dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=