OFFSTONE JUNE EDITION 2025
15 1% sahaja yang merujuk terjemahan atau tafsir al-Quran. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa nisbah yang sangat kecil iaitu 1% dari populasi muslim di Malaysia yang benar-benar memahami dan menghayati ayat-ayat al-Quran. Sementara tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat masih sangat rendah memandangkan kurang dari 1% yang memahami dan menghayati al-Quran. Artikel ini akan membincangkan peranan bahasa Arab dalam memahami teks al-Quran, hubungan antara Bahasa Arab dan al-Quran, serta implikasi terhadap masyarakat muslim Malaysia apabila tidak memahami dan menghayati al-Quran. Peranan Bahasa Arab Bahasa Arab bukan sekadar alat komunikasi, tetapi ia juga merupakan medium utama untuk memahami dan menghayati maksud tersurat dan tersirat ayat-ayat al-Quran. Tanpa penguasaan bahasa ini, umat Islam terpaksa bergantung kepada terjemahan asas yang tidak mencapai maksud yang tersirat, kadangkala tidak dapat menyampaikan makna yang tepat kerana kosakata yang sangat terhad, perbezaan struktur bahasa dan konteks yang variasi. Justeru, ketepatan makna atau maksud yang hendak disampaikan Allah SWT dan tafsiran yang dibuat oleh mufassirin dalam bahasa yang mudah tidak dapat dicapai dengan baik tanpa mempelajari bahasa Arab. Al-Quran mengandungi banyak perkataan yang mempunyai makna yang mendalam dan tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa lain, seperti: perkataan "takwa" diterjemahkan sebagai "takut kepada Allah", tetapi maknanya lebih luas, merangkumi kesedaran, kewaspadaan, dan ketaatan yang mendalam. Hanya dengan memahami bahasa Arab, seseorang dapat menangkap nuansa makna sebenar disebalik ayat-ayat al-Quran. Di samping itu, wajar untuk masyarakat muslim mempelajari gaya bahasa al-Quran retorik ( Balaghah ) ilmu keunikan bahasa bagi memahami maksud yang mendalam untuk menyampaikan sesuatu perkara yang melibatkan penghayatan, perasaan yang tersirat yang tidak dapat dicapai dengan hanya belajar bahasa Arab semata-mata. Al-Quran menggunakan gaya bahasa yang tinggi ( Balaghah ) seperti metafora ( isti’arah ), perbandingan ( tasybih ), dan kiasan ( kinayah ). Tanpa pengetahuan bahasa Arab, pembaca tidak dapat memahami dan menghayati keindahan dan ketepatan mesej yang disampaikan Allah SWT. Mempelajari bahasa Arab juga dapat mengelak dari salah faham dalam tafsiran, seperti: " Daraba " Nisa:34 diterjemahkan sebagai "memukul". Walau bagaimanapun, dalam konteks bahasa Arab, terdapat pelbagai makna bergantung pada konteks dan situasi. Pemahaman bahasa Arab dapat membantu dan mengelak dari tafsiran yang sempit atau ekstrem. Bahasa Arab dan Al-Quran: Bagai Beliung Dengan Asahan Al-Quran adalah komunikasi Allah SWT yang ditujukan kepada hambanya sebagai panduan kehidupan. Komunikasi Allah SWT menggunakan bahasa Arab sebagai medium
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=